Tuesday, January 27, 2009

terkini Hanin..

الحمد لله ثم الحمد لله

Hanin dah pun melepasi usia setahun sebulan, perkembangannya pun makin nmpak ketara dr segi fizikal, mental dan emosi. especially dr segi emosi...hanin dah pandai merajuk..sweet dan menguji! membuatkan mama tergerak untuk buat sikit bacaan dr internet berkaitan development yg special ni!

sejak tiga empat hari ni, hanin mula menghempaskan badannya (secara perlahan2..nasib baik..) ke lantai, kemudian bergolek dan berpusing satu dua pusingan, akhir skali meraung. kadang2 lentik2 badan. yg paling comel, aksi dia merajuk ketika dia nk bermain tapi mama nak tidur, dia terpukul muka mama, mama pun spontaneously terherdik dia sebab terkejut dr tidur, dia terus masam muke semasam-masamnya! pastu cakar tilam..miowww!! mcm kucing!

ini sikit petikan dr parents.com

In order for your sweet little Hanin to become her own individual person, she must separate from or rebel against you, and the easiest way for her to do so at this age is to reject your requests, demands, and limits. While this sudden change in attitude may test Mama's patience

As your adoreable Hanin matures in the months ahead, her behavior will become more cooperative, and she will begin to express her individuality in more creative and positive ways.

sweileh, bayt al mawaddah (uwais amzar)
tulis dan loceng anakku sedang berbunyi...

Sunday, January 25, 2009

teman karibku kini bergelar isteri..

Alhamdulillah semalam Ain dan Musab selamat diijab kabulkan. Dan kini teman karibku itu dah bergelar isteri. nanti bertambah lah perkara yang dapat kami kongsikan bersama. Semalam majlis akad nikah, dan hari ni kenduri belah pihak perempuan yang dilaksanakan di rumah Ain, iaitu pada genap 2 tahun 7 bulan kenduri kahwin aku dan suami (25 jun 2006).

Membuatkan aku terkenang balik pada majlis tu, macam2 kenangan indah. Lantas terus aku belek balik album gambar2 semasa majlis. Terlihat pada gambar Ain yang pada hari itu memakai baju kurung hitam kekilatan sikit di'match'kan dengan tudung hitam juga. Baru2 ni semasa ber'chatting' dengan Ain (ketika itu kami sibuk berborak dan sembang bab perkahwinan memandangkan Ain nampaknya macam berminat untuk di'taaruf'kan bersama Musab), Ain bagi tahu sebenarnya pada majlis aku tu dia pakai baju hitam kononnya simbolik pada kesedihan dia kerana aku akan meninggalkan dia di alam 'bujang'...aku tak sangka dia terlalu sedih, tapi aku tidak pelik sebab semasa Ayai (kakakku) memberitahu dia mahu berkahwin, aku menangis bagai nak rak macam orang putus cinta (pada waktu tu) tapi pada waktu ini boleh juga aku describe macam orang hilang anak..huhuhu...sedih yang teramat sebab kita merasakan seolah2 orang yang kita sayang tu telah dirampas! Mungkin itu juga yang Ain rasa.


sakinah, ain dan aku pada hari perkahwinan aku...ain dan aku dah selamat, lepas ni sakinah pulak!

Masya Allah ukhuwwah yang terbina atas ikatan ad deen ini sejak kami berada di bangku tadika lagi sangat kuat dan utuh seolah-olah kami adik beradik. Kami sempat bersama2 di sekolah rendah Al Amin Keramat sehingga darjah dua, kemudian Ain berpindah ke Labuan. Selepas itu kerap juga kami berutus surat, tapi yang pasti Ain memang sangat rajin menulis dan 'mengepos' surat berbanding dengan aku, yang rajin tulis tapi tak terpos-pos. hehe...

Selepas tamat sekolah rendah, aku asyik melobi Ain supaya datang ke KL belajar di sekolah menengah Al Amin, masya Allah gigih dah teguh hati Ain buat keputusan untuk berjauhan dari keluarga ketika usia belum mencecah 13 tahun. Salute untuk Ain!! 3 tahun kami duduk bersama, Ain secara rasminya menjadi anak angkat keluarga aku. Banyak pengalaman bersama pahit dan manis, mematangkan hubungan kami insyaAllah. Termasuk pengalaman merasai kehilangan ayah sementara kerana ditahan ISA. Keistimewaan Ain.

Kini Ain akan sekali lagi kongsi kehidupan di Jordan bersama aku, dan keluarga. Tiba2 terkenang sejenak, dulu pada tahun pertama aku di Jordan, masa ramadhan aku berdoa minta Allah izinkan seluruh ahli keluarga ku dapat datang ke Jordan, kini tak sangka Allah izinkan lebih dari itu, anak angkat keluarga ku pun datang jugak! Alhamdulillah, thanx Allah.

Buat Ain dan Musab selamat pengantin baru, Moga Allah tambah2kan limpahan rahmat, mawaddha dan mahabbah NYA dalam rumah tangga kalian. Moga Allah teguhkan iman dan taqwa kalian dalam meniti jalan perjuangan menegakkan syiar Islam di bumi ini.

Buat Ain, moga Allah jadikan Ain isteri yang solehah, isteri yang setia berkorban untuk perjuangan suami dalam agama ini. Moga Ain jadi isteri mujahidah kepada seorang mujahid, moga Ain dan Musab kelak nanti pulang ke sisi Allah dengan martabat syaheed..juga bersama kami sekeluarga aaminn...

sweileh,
menanti ketibaan mu Ain!

Monday, January 12, 2009

!!!دائما و ابدا معكم

Jumaat, 9hb Januari 2009.
Seluruh dunia digesa membuat demonstrasi membantah keganasan rejim zionis Yahudi laknatullah ke atas Ghaza pada hari ini. Jordan juga termasuk antara negara2 yang menyahut seruan ini. Kami sekeluarga rasa terpanggil untuk ikut serta dalam tunjuk perasaan ini, the least we can do.

Sebaik pulang dari masjid subuh hari jumaat yang mulia ini, abi sibuk menggesa mama 'kita kena pergi!'.. Demo ni diumumkan di masjid, bas siap disediakan bagi yang mahu pergi. Kami tiba agak lewat, sesampai di tempat berkumpul, orang dah membanjiri tanah lapang. Pentas tempat pemimpin gerakan2 Islam (Jabhah Islami di Jordan, Ikhwan Muslimin dan bbrp lain) yang menganjurkan demo ini pun tak dapat kami lihat, ramai orang pun berdiri atas kerusi untuk melihat persembahan dan ucapan. Mohammad Basyar (yang menasyidkan lagu Ghaza yg berkemundang dlm blog ni) pun ada menasyid.




Hanin masih tidur sesampai di tempat berdemo. Tak lama lepas tu terjaga dan agak kepelikan melihat begitu ramai sekali orang. Kami memang ingin biasakan Hanin ketika kecil dan membesar dalam kehidupan 'berjihad' rasai kemanisan dan kepahitannya, insya Allah moga Hanin besar kelak tidak keberatan dan ragu2 untuk berkorban dalam perjuangan Islam.





Di samping dapat sikit sebanyak mengumpul pengalaman berdemo di negara orang dan melihat budaya dan pemikiran masyarakat Arab yang istimewa ini. Alhamdulillah. Mama telah targetkan dalam diri untuk dapat sebanyak mungkin manfaat memandangkan peluang emas ini Allah izinkan kami rasa. Sebelum bersurai, mama ajak abi ke berdekatan pentas, 'mana tau kite dapat sesuatu'.


Alhamdulillah...ya Allah benar sesungguhnya Engkau sentiasa mengkabulkan hajat hambaMu.. kalau bukan harini, nanti pada waktunya yang paling sesuai, Dia lebih tahu, ataupun diganti dengan yang lebih baik, Dia lebih tahu. Kami teserempak dengan pensyarah kami di Jamiah Zarka yang cukup kami sayangi dan sangat dihormati, Dr. Adnan Azaizah. Memang sejak meninggalkan jamiah zarqa, sejak haritu mama selalu meminta2 agar dpt berjumpa lagi dgn Doc tu. Mana tau dgn perjumpaan ini, Allah ingin membuka lebih 'jalan' dan peluang dalam perjuangan ini...Ya Allah...aku pohon! Benar2 pohon!


Lepas tu dapat pulak berjumpa dengan artis band nasyid islamik kanak2 yang dah kira terkenal sangat lah kt middle east ni, Toyor Al Jannah. Artisnye budak kecik je, tapi comel Walid Miqdad dan Mu'tasim billah Miqdad. Boleh la cari di youtube lagu2 mereka. Hanin pun macam boleh recognize dua budak tu, sebab dia lentokkan badan dia macam malu2. Maybe..hihi. Hanin besar nanti maybe dah tak ingat dah tapi ada lah gambar untuk kenangan2 semasa Hanin membesar di Jordan.




Sebelum berjalan pulang, beberapa wanita arab menyapa kami untuk mencuit pipi Hanin, entah dah berapa ramai orang sapa untuk ambil gambar dan cuit2 Hanin. Wanita itu macam agak terpegun (atau ape ek perkataan yang lebih tepat..tak ingat...huuu) melihat kami orang asing ikut serta berdemo, dia berulang-ulang kali sebut pada Hanin: 'anti ma'ana?!' (awak bersama2 dengan kami?!) Mama pun menjawap akhir sekali, 'daiman wa abadan ma'akum'...


Insya Allah.

Allah, teguhkan hati kami dalam perjuangan menegakkan syiar Mu ya Allah!

inna hayatana wa mamatana liLLAHi rabbil 'aalamin..


Tuesday, January 6, 2009

ingat nk upload gamba hanin, rupanya...

tengah sibuk2 dengan ummi uwais nak pilih gamba terbaru Hanin yang mana (untuk upload kat sini), tiba2 dengar bunyi suara orang2 ramai depan rumah, kejap lepas tu abi call, suruh keluar ada muzaharah (demonstrasi) protest perang di ghaza yang hari ini dah masuk hari ke-11. terus mama capai camera kat tangan umi dan lari tinggalkan hanin kat ummi uwais...huhhu...takpe ek ummi, gambar tu ummi dapat gak..mama lari dulu memandangkan mama dah pakai tudung jubah siap.



sedap dengar laungan2 mereka tadi, beraneka
laungan termasuk laungan perli kepada kuasa2
arab yang duduk senyap mengecut dalam selimut
kat rumah, memang ini laungan mereka tadi!


ini adalah kali pertama mama ikuti perang dalam
era modern dan teknologi, jam demi jam berita terbaru mama dan abi ikuti melalui siaran langsung di Al Jazeera Mubasher (live). Membuak2 darah tiap kali melihat satu demi satu anak-anak kecil, lelaki tua dan remaja digegas masuk ke hospital. Sempat mama dan abi lihat live camera memfokus kepada seorang remaja lelaki yang dah terbaring atas katil, kemudian camera memfokus kepada seorang kanak2yang berada atas katil sebelah remaja tadi yang sedang dirawat oleh seorang doktor dalam keadaan dia unconcious dan kelihatan seperti tak bernafas, doktor itu sedang menebuk satu tiub ke rusuk kanan dia dan terpancut2 darah jatuh ke atas lantai, beberapa minit kemudian camera tu beralih fokus ke remaja lelaki tadi dan doktor yang baru datang disebelahnya itu telah mencabut tiub pernafasan dari hidungnya dan mungkin kawannya yang disebelahnya itu serta merta menangis dan mengangkat remaja tadi yang ketika itulah telah menjadi jasad tak bernyawa...hasbiyallah...dia tak sempat dirawat ke
rana keadaan terlalu panic. kejadian ni memang sangat mengesan hati mama dan abi.

sama-samalah kita bermujahadah bersama saudara kita di ghaza, tingkatkan doa, sumbangkan harta, tingkatkan amalan. Moga Allah hitungkan kita bersama para mujahideen dan syuhadaa'..
al intisar lana...

buat said bin zaid

Baru tadi tengok gambar baby said bin zaid, cucu atok dan opah yang ke-8, anak pertama kakakku yang disayangi Zilal atau panggilan manja Ayaii...hehe..
Comeeeeellllll sangat rupenye Said ni...apa lah mak ude ni, Said dah 2 minggu lebih baru tengok muka Said..teruk betul...huuuu...maafkan mak ude,said...
Putih, halus, macho dan hensem, cantik, ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut ni lepas tengok satu-satu gambar Said kat friendster..

Ayai pun kelihatan makin cantik dalam gambar. Sebelum tengok gambar Said, sempat telefon Ayai yang sedang tidur, katanya Said nak tidur kat tangan dia je sampai lenguh, dan suka ber'qiamullail'...hehe...saja bertanya khabar terkini ibu baru ni, sempat jugak dendangkan untuk dia lagu tema dia, lagu 'berkorban apa sajaa...' katanya sebagai pemangkin semangat pada waktu2 Said 'menguji'...hehe.

Cepat jugak masa berlalu, masing-masing dah besar dan melalui kehidupan yang berlainan. rasa macam baru sekejap masa kanak-kanak kami berlalu, teringat pulak kecik-kecik kami bermain bersama, bergaduh bersama, aku dan ayai boleh dikatakan agak rapat memandangkan jarak umur yang tak terlalu jauh, Ayai anak ke 4, aku anak ke-5, dan kakak sulung kami, Anfaal atau panggilan mesra adik beradik, Ako 8 tahun lebih tua dari aku.
Aku dan ayai sempat melalui alam persekolahan bersama-sama, mungkin itu yang membuatkan kami lebih akrab. peristiwa2 lawak yang berlaku antara aku dan ayai dulu, kalau diungkit balik sekarang, pasti kami akan ketawa terbahak2 seolah2 benda tu tengah berlaku lagi! saat aku menulis ni pun rasa nak tergelak. nanti kalau ada lebih kelapangan masa, nak jugak ku coretkan buat kenangan.

Dan kini masing-masing dah bergelar ibu. Aku rasa ini lah kesempatan dan peluang yang besar harganya Allah izinkan kami semua rasa, aku, ayai dan ako.dan nanti akan datang Wasilah pulak. peluang untuk menghayati pengorbanan ibu kita membesarkan dan memberi contoh tauladan yang terbaik untuk kita, bukan setakat sebagai ibu tapi sbagai isteri yang tak kurang hebatnya, menjadi sayap kiri (bak kata orang) tapi aku tambah, sayap kanan dan kiri si suami dalam memperjuangkan ad deen al Islam. sama-sama lah kita ambil iktibar.


akhir kata, memandangkan hanin pun tak rela beri kesempatan labih panjang, teringat lah tadi dalam kelas, pensyarah sempat kongsi sikit tazkirah lepas selesai mengajar, dia kata: aku yakin, bagi pasangan suami isteri, bila mereka dikurniakan anak yang pertama, kehidupan mereka selepas itu pasti tidak indah dan manis, tapi percayalah selepas itu kau akan dapati, anak itulah segala-galanya. Ok, tahniah lah buat ayai dan abang zaid, SELAMAT BERJUANG!!