Wednesday, February 25, 2009

balas tag


Bismillah... sekadar memenuhi permintaan sahabat hehe...

Aku pernah suka melukis. Hobi ni agak heboh pada pengetahuan kawan2 dan ahli keluarga sehingga ramai yang menghadiahkan alat2 melukis dan buku panduan melukis. Antaranya:
-Mama dan Ayah belikan buku melukis haiwan dan melukis atas batu dari USA
-Ako belikan buku melukis yang best igt lg dia tulis dlm tu; asah pensel dan terus asah bakat!
-Ilya hadiahkan sketch pad yang pertama sepanjang hayat ini, ketika tingkatan 1
-Ain belikan sketch pad yang sungguh romantis, berbunga2 timbul depan dia, dari Australia, katanya nanti time dia kahwin, lukiskan potret dia dan suaMI! (skrg tak tau blh ke wat ke tak sbb dah lama tak asah bakat!)
- Kak yah (isteri abgwah) belanja sketch pad kecik comel hitam sempena pemergianku ke Jordan
Sketch pad pemberian siapa tah tak igt pernah smpai ke Indonesia ketika kami sekeluarga melancong di Medan. ku lakarkn pemandangan lucu di Berastagi! (lucu bak kata tourist guide tu cantik)
Hobi ini telah seketika mempunyai pengaruh yang agak besar dalam hidupku iaitu pada zaman Ayah ditahan tanpa bicara di bawah akta zalim lg kejam ISA..aku membawa diri keluar corridor dan termenung kerinduan yang pedih terhadap Ayah dan sambil melakar2 pemandangan, sehingga ada tahap terbawa2 diri yang kritikal dan melampau, aku melakar sambil mencucur2 air mata teringat kat Ayah.
(salah satu bukti ISA kejam yang patut dilakar dalam sejarah rakyat Malaysia!)
Aku jadi macam orang yang berjiwa halus dan seni kerana hati ini dah jadi halus dan sayu dan sensetif setelah orang tersayang dalam hidup ni dirampas oleh pemerintah zalim tanpa pengadilan.
Benar, hobi ini seolah2 tempat aku meluahkan perasaan dan melepaskan kerinduan terhadap Ayah. dan juga tempat meluahkan kemarahan membuak2 itu.

kumpulan manusia yang tunduk ikut arahan pemerintah yg zalim atas alasan 'kerja'..guna akal lah...


Hemm..nmpknya tag ni membuka peluang kpd aku untuk mencatatkan sejarah kezaliman ISA yang mmg dah lama plan nak buat! terima kasih kepada yang men'tag'!
sambung nanti....

pintu masuk untuk menziarahi Ayah di kem tahanan kamunting, KEMTA yg pahit utk ditatap

Wednesday, February 18, 2009

hadiah Hanin




Semalam 17hb Februari Hanin genap setahun 2 bulan, dan sempena tu Hanin diraikan dengan hadiah istimewa, kehadiran Uda Ain. Dapat lah Uda melihat perkembangan Hanin dan bersama Hanin membesar. Kalau diizinkan rezeki Allah, dapatlh Hanin main bersama2 anak Uda.



Seronok rasanya bila fikirkan perkara2 yang akan mama dan Uda kongsikan, tambah pengalaman kami berkawan sejak dari tadika, tambahkan akrab ukhuwwah.



selamat pengantin baru

waktu2 Hanin bersama abi.


Setelah agak beberapa lama abi kesibukan dengan university dan kerja, kini ada lah sikit masa abi luangkan masa bermain dan bermanja dengan Hanin. Hanin pun kadang2 nampak merasai ketiadaan abi kat rumah.

Pernah sekali, abi call mama. Kalau abi call mama, akan ada bunyi abi memanggil mama, 'sayang...' sebelum ring tone. Hanin bila terdengar terus jerit panggil abi! abi! Bila selesai mama bercakap dengan abi, dia menangis sambil sebut abi...abi..




Tak lama lepas tu, ada orang picit loceng rumah pulak. Mama tak bukak sebab biasanya orang cuci tangga, lelaki. Hanin menangis2 sambil jerit abi...abi pandang ke pintu. Kesian..anak dahagakan belaian bapa..hehe..

Sekarang abi dah agak lapang fikiran dan rehat badan, dia dapat tumpukan perhatian pada Hanin. Seronok Hanin tak terkata, ketawa ceria, senyum lebar nampak gigi rabbit dia.




Sekadar kenangan untuk Hanin bila dah besar nanti saat2 Hanin kecil bermanja dengan abi.

Wednesday, February 11, 2009

untuk Amal dan Palestin


Alhamdulillah, hari ni mama diizinkan Allah untuk mengatur perjumpaan dengan kawan istimewa yang sama belajar di university mama, sahabat dari Ghaza (hijrah ke Jordan pada 2004). Memang dah lama nak ajak dia datang rumah supaya kami dapat kongsikan lebih terperinci tentang kehidupan masing2, memandangkan di jamiah perbualan agak terhad, katanya kena berhati2 terutama kalau berbual pasal politik, Palestin, Hamas, Mahmoud Abbas sebab jangan tak percaya di kalangan student di jamiah pun ada siput babi! SB.
Mama percaya sebab dia telah pun dipanggil oleh mukhabarat (SB) selepas permohonan dia untuk perbaharui visa di jordan ditolak, dlm soal siasat dia ditanya betulkah pendapat dia tentang Hamas dan benarkah dia pernah berpendapat sedemikian sedemikian terhadap Abbas, yg mana kenyataan2 yg disebut SB tu adalah pendapat yang dia kemukakan ketika dia bermujadalah dengan pensyarah di jamiah yang kelihatan agak pro-Fatah!

peluang dpt berjumpa dgnnya di rumah mama manfaatkn sebaiknya, apa gambar mama tunjuk, apa buku, penulisan berkaitan Palestin, hak asasi, ISA, tokoh pemimpin Islam di malaysia dan mcm2. sempat juga mama perkenalkan ahli keluarga mama, Atok sebagai tahanan politik kerajaan malaysia, Opah sebagai teman setia perjuangan Atok, maksu Silah, Atam, dan maklong. mama juga bawa keluar tshirt keluaran Brotherhood Arts yang ada gmbar syahid Faris Audah dan Tank Israeli sambil terjemahkan tulisan2 atas tshirt tu

mama: isim: faris audah, umur: arba'atash, silah: hajar!
AMAL: aiwaaa...ta'rafuuhu aa? (kamu kenal dia ya?)
mama: bala, ma'ruf..
mama: wa hai, Tank israeliyy, sana' fi amirika..wa..la a'rif bil arabi..
(dah tak dapat terjemah, susah gak tu Ako! hihi)
amal sgt terharu, agak berkaca air mata dia, dia kagum dengan usaha rakyat Malaysia memperjuangkan hak rakyat Palestin. dia minta bawakan satu dari malaysia, katanya belum ada tshirt seumpama itu di jordan mahupun di tanah air dia, Ghaza, Palestin.

akhir sebelum berpisah, dia doakan Allah jodohkan Hanin dengan seorang warga Ghaza, katanya supaya ada NASAB antara PALESTINIAN and MALAYSIAN!!!

amal adalah salah satu rakyat palestin yang menjadi contoh dan pembuktian kebenaran dan wa'du minAllah yang disebut beberapa kali; lan yadhurrukum, daLam hadis asy syarif la tadhurru man khaalafahum.

amal sikit tidak gentar dan takut, cuak, kecut, layu, lembik dengan gugatan Yahudi bahkan api semangat juangnya lagi menyala, cakapnya menghentam Yahudi dan konco2nya makin lantang menjadi2 walaupun kini suaminya terhalang untuk keluar dari Ghaza tinggallah amal dan anak2nya di Jordan.

mansurah wal wa'du minAllah..

Sunday, February 8, 2009

Hanin super ceria

Empat hari lepas mama abi dah start cuti sem, dan Hanin pun tahu kami sedang bercuti, ceria dan gelak tawa dia luar biasa, senyumnye betul2 senyum, kenyet2 mata dan kemek2 hidungnye, bila gembira berlari2 nak peluk mama dan abi.



Kata abi, selalu bila mama tak ada dalam bilik, Hanin akan baring dan sandar pada abi, selagi abi tak bergerak, selagi tulah Hanin akan sandar pada abi. Kadang2 Hanin peluk cium abi tanpa disuruh, memang penyayang!



Hanin cium baby Munsief bin Mujahid ketika menziarahi kak Diyana dan Ust Zul semalam