Monday, April 27, 2009

tagged lagi

Salam
kali ni tag yang kedua dapat dari Aunty Syazana..
mencabar jugak soalan2 ni..

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan...saya angan2kan:
1. Produk Herbalife complete untill my weight turn to when i was 17 years old ngeh3.
2. Dimurahkan rezeki untuk ke negara2 yang saya impikan pergi: Spain, Jepun, Korea, China dlln. Dalam masa terdekat ni bumi bersejarah Andalusia dan Mesir.
3. Direzekikan berjumpa dengan seorang Arab yang sangat multazimin bi deen yg dpt memberi pentarbiyahan arabi yg mantap untuk Hanin bila waktunya dah tiba (iaitu pabila ummi tak dpt sambung babysit hanin)
4. Jubah atau jilbab Arab yg best2, set dgn seluar dan abaya belah tgh semua yg fashion terbaru
5. Kereta, buruk2 pun xpe! pintu nak tercabut pun takpe! huhu senang nak bergerak semasa belajar kat sini nih..

5 alasan terhadap pilihan tersebut
1. Best mkn herbalife ni, kesan die banyak, bagus gilak!. suami pun puas hati dgn hasil, tambah lah lagi rase nk sambung makan..
2. Nak tambah pengetahuan dan pengalaman especially alang2 dah kt jordan ni, dekat sikit dgn Spain dan Mesir
3. Peluang emas sementara duk jordan ni, dan moga hanin petah berbahasa arab sekecik usianya itu
4. sebab nak pegi jamiah nak pakai jubah arab, malu nak pakai baju kurung!! jubah saya sume out of date.
5. rasenye dah sebut sbb die kat atas tu..

5 impresi terhadap orang yg anda minat.. kat sini ada beberapa org lah..
1. rajin, super power (dulu lagi power) skrg low skit ngeh3..
2. ilmu cam mantap, kagum sgttttt byk gile membaca.
3. i wanna be like you ayahhhh!!!! huhu
4. penyabar...sangat penyabar...teruskan k habibi!!
5. erm think out of boz okay, be positive sentiasa!!

5 perkara hebat pernah anda lakukan (biase jelah taklah terlalu rasa hebat2 sgt2)
1. Melahirkan Hanin dengan masa tu motivasi sangat tinggi walaupun tenaga dah hampir 0%!!(especially lps dgr kata2 semangat dari my mother)
2. taklah hebat mana tapi xtau nak letak ape, buat kek carrot first time dlm masa 30minit dan sgt sedap dipuji awam.
3. bagi khutbah dalam kelas masa tahun 1, tajuk kebersihan. kasi hentam sama arab.
4. saya terbuat sesuatu kt kwn saya, so die mrh gile2 dan ketika dia masih marah tu die pulak terbuat bnd yg same saye buat tu, dan saye tak marah lgsg! sbb sy tahu perasaan kna marah seperti yg dia lakukan trhadap saya.
5. dapat tempat ketiga lari 800meter?? kah3...

5 ciptaan yang paling disukai (tak semestinya teknologi)
1. usrati jannati hehe
2. my daughter n my husband n my bakal anak2..
3. buah-buahan yang sukar ditemui di malaysia
4. cheeseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee semua jenis!!
5. cinnamon roll

5 perkara yang dibenci
1. apabila diri tidak berubah2 dari satu kelemahan, rasa nk hukum!
2. apabila tidak belajar dengan perfect sebelum exam.
3. memberi alasan2 dan dalih2
4. tak kotakan janji berkali2
5. lupa amanah dan tugas yg ditaklifkan ketika itu

5 orang yg hendak anda tag.
1. suami ku..bila nk wat blog sendiri nih..
2. uda ain..buat je, mawah leh publish kt sini huhu
3. of course umi uwais hanin
4. nazirah
5. khairi (ada suka ka? hihi)

yeahhh!!! habes gakkk!!

Sunday, April 26, 2009

Hanin dan Uwais pun turut sumbang tenaga!

Bismillah.
Salam Haninkuhai,

seperti yang mama kata dalam entry yg lepas, kita semua agak kesibukan dalam masa 2 minggu ni. Alhamdulillah masa2 kita disibukkan dengan aktiviti2 bermanfaat, moga dengan amalan2 kita ni dapat mengecapi rahmat dan barakah Allah ta'ala..aamin.

Event yang kedua adalah MA'RAD THAQAFI yang dilaksanakan di Jamiah Urduniyyah. Tempoh pameran adalah 2 hari sahaja, cumanya notice diberi lebih cepat sikit dari beberapa hari sebelum hari pameran berlangsung.
Abi menjadi AJK perhiasan tak silap mama,, yang pasti tugas abi adalah menyediakan back-drop, perhiasan2 dan set up pameran. Abi bersama amu Khairi dan Hani bertungkus lumus menyiapkan back drop yang kebanyakannya dibuat manual- made hand. hand made KLCC..hehe.. 2 malam mereka beroperasi, dan malam kedua operasi selesai hingga pukul 2.30 malam. ke'capet'an abi yang lepas pun bertambah bonusnya..hehe..berjuang abi! berjuang!



Tak lupa mama nak cerita, pada hari pertama amu2 dan abi buat kerja di rumah, Hanin turut ikut serta beraktiviti, mama pun tak berapa perasaan apa yang Hanin buat kebanyakannya, cuma yang pasti Hanin kacau abi dan amu2. Mama sibuk di dapur buat kuih puteri ayu untuk pameran. kerja2 abi selesai agak lewat juga, Hanin pun turut tidak merehatkan diri melihatkan abi pun tidak sempat merehatkan diri! Bagus anak abi mama ni, kecik dah faham 'berat sama dipikul...' hehe..

Bagi sisters di sweileh pula, kami buat persiapan kuih muih. turut terlibat, Nazirah (timbalan presiden PPMA), ibu2 mengandung yang berbesar hati turun padang: Aunty Syila dan Makcik Ara, ibu2 kepada anak-anak: Makcik Pah dan Makcik Ina dan paling semestinya ummi Hanin sayang, Ummu Uwais. Uda tidak dapat melibatkan diri atas keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, kesian Uda. Alhamdulillah pada ketika ini Uda dah sembuh.

Anak-anak! anak-anak juga turut serta, bismillah masya Allah. hebat anak2 ni. operasi kuih muih ni makan masa jugak. yelah berapa jenis kuih kami buat, 8 ada kot. waktu isya' baru selesai. Hanin, Uwais, kak Syahirah, abg Faheem, kak Yaya, baby Munsief pun! ada lagi ke tercicir? lupe dah saat menulis ni..
Sabar dan tabah anak2 ini menemankan emak2 mereka, tenaga sekecil ini pun tidak fikir2 untuk berdalih2 turun ke padang..itu kisah persiapan.

Bila tiba hari pameran, rasa seronok dan lega dan letih bercampur baur.. sempat juga enjoy rehatkan hati dan pemikiran tengok culture2 dari negara2 lain. Hanin dan Uwais di tempat pameran menjadi 'little star!'... Sana sini orang cuit dan ambil gambar. Sampaikan mama rimas dengan cik-cik arab yang mendesak2 nak ambil Hanin yang sememangnya pada waktu dah rimas nak dipegang2!...huhu Hanin apatah lagi. sehingga arab pegang baju Hanin pun ditepisnya, seolah2 Hanin cakap 'ib'adii 'anni!!'... get away from me!! hihi..



hanin dan uwais tambahan bahan pameran...


abi mempromosikan kuih muih..



uwais!! jalan pulak!


mama dan abi berlatar belakang beberapa kretiviti abi

dan akhir sekali, hadiah kenang-kenangan ma'rad thaqafi Hanin bawak balik... tersungkur atas jalan raya akibat peratus ke'fokus'an abi yang dah berkurang ketika memimpin Hanin akibat imbuhan penatnya dah berlipat ganda..kehkehkeh..


ole-ole ma'rad thaqafi..Allah yahmiki ya binti..

Saturday, April 25, 2009

aksi-aksi Hanin

bismillah

Assalamualikum,
ini sekadar kenangan dan nostalgia Hanin membesar ketika mama dan abi belajar dan abi kadang2 bekerja mencari rezki tambahan. alhamdulillah. entry ni sepatutnya seminggu yang lepas, cuma agak kesibukan dalam masa 2 minggu ni.

Hanin seperti biasa bila abi tak ada di rumah untuk beberapa hari, Hanin seperti merasai kerinduan kat abi seperti yang mama rasa. kerja abi tidak tetap, mana yang Allah nak bagi rezeki ikut situ, situ lah kerja abi. abi pernah memasak (tender masak), pernah pandu pelancong, dan macam2 lagi sebenarnya pengalaman abi bekerja.

Biasanya bila abi bawa pelancong yang datang ke Jordan, abi akan keluar pagi, balik malam2. biasanya abi keluar, Hanin tidur lagi, bila abi balik, Hanin dah tidur. Alah biasa lah tu, dulu mama dan abi masa kecik2 pun macam tu.

Satu hari dalam banyak2 hari abi bekerja ni, abi bagi tahu dia akan balik lebih awal dari biasa. walaupun 'lebih awal' dia tu agak lambatlah, kami pun tekad tak tidur lagi, tak sabar nak tunggu abi balik. Maka keluarlah macam2 idea mama untuk hiburkan Hanin sementara tunggu abi balik.

Sambil kami main bersama2 kami di'halwa'kan telinga dengan nasyid2 dari qaanat tuyur al jannah. First aktiviti (sebagai tarikan untuk alihkan perhatian Hanin supaya tak kacau mama dengan aktiviti mama), mama sediakan kertas besar untuk Hanin conteng2. tapi hakikatnya Hanin belum faham erti conteng2. Fungsi pen dan kertas pun belum dipelajari.



mama lukiskan mama dan abi versi 'lidi', bila disuruh kiss, Hanin kiss!

cuma lukisan ni dapat mengalih perhatian Hanin sekejap je. sekejap lepas tu Hanin sarung kasut mama yang baru jumpa kat bundle Jumaat lalu ketika mem'bundle' bersama2 ummi-ummi yang lain, umi Pah, umi Ayu, umi to be Ain insyAllah.
dan oren yang mama potong banyak2 jadi snack sementara menunggu abi. tergelak bahak2 mama bila terperasaan Hanin jilat bekas oren tu, buah boleh makan, airnya yang dijilat2.. huhu Hanin...



i love orangeeeee!!




Do i look like mama??





inilah oren yang tergadai dek cik Hanin

akhir sekali, bila kemunculan abi tidak kunjung tiba juga, Hanin pun memberi alert pada mama. cepat2 kami bersihkan diri dan siap2 untuk tidur -bagi Hanin, memandangkan jangka hayat bateri Hanin lebih kecil berbanding mama. sempat juga mama bancuhkan last shake yang Uda bekalkan untuk mama. Hanin minum tak ingat mama! huhu..sedap sangat, Uda bancuh yang 'kaw-kaw' punya, chocolate dan cappucino. sruup sruupp hanin minum.. dah kenyangm tidur,..alhamdulillahillazi at'amana, kemudian, alhumma bismika ahya wa amuut..

sruuppp...mata pun dah kuyu..syok gak layan shake ngantuk2 ni..

Wednesday, April 15, 2009

Hanin dapat adik!

Bismillah

alhamdulillah berita gembira.. hanin dh dapat adik, bila bercakap pasal adik, konsep 'adik' kali ni besar sikit dari biasa hihi... hanin dah jadi kakak kepada Uwais Amzar syari'e nya... iaitu kakak susuan...hihi. Alhamdulillah terima kasih kepada Ummu Uwais yang sentiasa berbesar hati nak menjadikan Hanin anak susunya.

Buat Uwais dan Hanin moga jadi adik beradik yang soleh dan solehah dan taatkan kedua ibu bapa masing2...

Moga dengan hubungan ini menambah utuhkan sillaturrahim mama, abi, umi uwais dan abi uwais.

Sekali lagi ucapan terima kasih kepada kak ayu...moga Allah lipat ganda kan ganjaran di sisi-Nya.

ketika uwais dan hanin masing2 dalam minggu pertama



sekarang...dah besar..

Thursday, April 9, 2009

balas lagi tag..

Salam
ni mama diberi tag pulak oleh amu Khairi, bagi dia seronok jawap tag ni...huhu haritu mama bagi tag kat dia sebab nak kena kan dia...hehe.. dulu bagi mama, tag ni macam satu keje..tapi tidak lagi sekarang...hihi..

1.anda rasa anda hot?
hemm..kadang2! haha..yela, kadang2 hot gak kalau Hanin buat perangai..kalau tak, cool je..keh3.

2.upload gambar kegemaran anda?


3.kenapa anda suka gambar ini?
sebab gambar ni cam menggambarkan Hanin pada masa akan datang, solehah, tutup aurat, comel..gerram!!

4.bila kali terakhir makan pizza?
baru harini makan pasta..hahaha.. (cikgu BM dah nak tolak markah..tak jwp soalan)

5.lagu terakhir yang anda dengar?
ain pasang tak habis2 lagu ni, Taylor Swift love story..tgh layan jiwang pengantin baru dan lama...hihi

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
dengar lagu dan ketawa... (bagus juga ada budak yg takde blog kat sebelah ni, dia yang tolong jawapkan..tak payah aku perah otak)

7.selain name sendiri,anda suke dipanggil dgn nama apa?
Hanin: ucuk2 ayang2..yekot..dia tak penah gitau pun..

8.tag lagi 6 org?
1. sharmi
2. syazana
3. asma haslan
4. anisah ali
5. ilya
6. idaaa!!

9.siapa no.1 pada anda?
kawan sekolah, dia kecik comel, kurus.. (erm sekarang ye lagi ke? hihi)

10.org no.3 ada hubungan dgn sesiapa?
ha....tau...tapi takleh gtau kat sini kehkehkeh...

11.kata sesuatu mengenai org no.5?
ha! ni lah waktunye..ilya garangg...meowww!!

12.bagaimana pula org no.4?
hehe anisah kelakar, tu yg tak sabar nk tgk dia jawap camne...jawap! jawap!

13.pesanan kpd no.6?
isk isk..tgh lagu say it isn't so...sedih la plak...i miss u ida!!

fuhh...habis jugak jawap..hihi

Saturday, April 4, 2009

sukanya makan..mama pun suka

salaam Hanin,

tempoh hari Hanin ditimpa sakit kan, masa Hanin sakit, seingat mama hampir seminggu lebih Hanin tak makan betul2. makan sikit sangat, boleh kata tak makan.
Alhamdulillah baru lepas 3 ke 4 hari Hanin dah pulih sepenuhnya, batuk tak ada langsung, selera makan Hanin meningkat sekali! Sehinggakan mama rasa seolah2 dah lama tak tengok Hanin makan seselera ini.

makan jagung rebus dgn butter

donut bom di program lancar kempen selawat


smpaikan 'baby' dia pun disuapnya....

ha, sejak Hanin sembuh ni pun, Hanin makin banyak 'vocab'.... macam2 yang Hanin cakap sampai mama abi pun tak faham. Sampaikan Hanin cakap tu mulut Hanin senget2, kejap muncung kejap flat, apa ye Hanin cakap?! hihihi..

Hanin pun dah boleh gunakan isyarat makan yang mama ajar kan? macam suap nasi dalam mulut sambil buat bunyi 'mam mam mam'.. Bila Hanin buat depan Uda, macam nak pengsan Uda tengok Hanin comel...hihi

Kelmarin, ketika abi tiada di rumah, mama suapkan Hanin nasi dengan lauk paprik yang abi masak..(emmm sedap sangat abi masak, Hanin suka, mama lagi suka..). banyak juga la Hanin makan, bila Hanin dah kenyang, mama cuba juga suapkan lagi (sebab mama tak tau Hanin dah kenyang) Hanin cakap 'dannyakk..' iaitu taknak. haa!! betul ke Hanin cakap taknak! aduh aduh comel bangat..

Umi uwais pun turut melaporkan 'kebanyakan' Hanin makan sampai berak pun...hemmphh..!! Thank you umi atas pengorbanan: membasuh, membungkus, menghidu dan lain2 hehehe..


Thursday, April 2, 2009

balas 2 tag serentak..

Bismillahirrahmanirrahim..

jawap tag Lina dan Syazana serentak, yang Lina punya dah lama hutang, berhabuk dah. yang Syaz baru lagi.. sorry ye Lina.hehe..
soalan2 hampir sama..

1. Kenapa kamu berblog?
untuk rekodkan perkembangn Hanin dan pengalaman dia membesar kat Jordan

2. Apakah method penulisan dalam blog kamu?
takde method, ataupun mixed all method? huhu..
kadang2 nasihat2 untuk Hanin, dah besar nnt dia baca kan..insyAllah

3. Antara rupa dan isi blog, mana yang lebih kamu utamakan?
lebih kepada isi, teingin gak nak cantikkan blog tapi tak sempat..hihi

4. Letak widget lagu tak dalam blog? sb apa pilih lagu tu?
dulu je, sekarang tak sebab bising, susah nak tumpu..huhu ( sama cam syazana)

5. Banyak2 artikel dalam blog kamu, paling suka yg mana? sbb apa?
post yg bertajuk 'rumah dah pasang internet',,,kihkih, sbbnye sangat pendek tak perah otak untuk menulis dan perasaannya sgt gembira sbb dah ade internet!

6. Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? sebab?
tak pernah..ni kan untuk Hanin..hihi

7. Pendapat kamu tentang blog kepada pemilik blog yang kirim tag ini?
dua orang kan,
Lina: hem lina ni comel, suka tgk muka dia masa sekolah dulu, macam sejuk je..cewah..tapi sangka senyap2 dia, berbakat juga menulis ye ;)
Syazana: hem syaz ni penyayang dari ape yg mawa nampak, sayang kat adik2 kan? suami apatah lagi...hihihi ;p

8. senaraikan 5 orang yg kamu akan tag
hemm...byk sgt lah 5. 2 jelah kuakua... ammu Khairi Kamaruddin dan puan Suhayu Ehwan..tada!