Friday, May 29, 2009

Family Day PPMA 2009

Bismillah,

entry bergambar sahaja berkenaan Family Day PPMA, 22 mei 2009 di hutan simpan Dibben, Jerash.

tapi gambar tak ikut turutan. laporan aktiviti program blh klik




abi, pengarah program meng'handle' hampir kesemua aktiviti..ni game draw and guess




pokok pilihan, umi, mama, uda dan kak adibah, tak termasuk: acik ara


game makan, cari dan susun: cepat makan, cepat menang, tu yang sumbat penuh2 mulut tu!



antara aksi ahli cuba menggambarkan kata ganda yang perlu diteka ahlinya, cth: gegak gempita. ada idea??!




jari jemari? tangan temangan??haha...ada ke?



tekun dan sabar menunggu bila si kawan ni dapat lukis benda yang boleh difahami




ustaz Syed dan ustaz Yusrizal, tekun dan serius bertempur dalam Iron Chef Amman...


gigih gagah





sous chef akhawat..pantas dan tangkas, wanita gemilang!!



'kan ana dah pesan kat anta bawak chopping board extra..haa tengok kan sempit ni...'


'ok tuan puan, lepaih perabih tumih nih, kita campok cili ni bulak-bulak! baru ada umpph'



hiburan sambilan, seruling asli, seruling orang asli arab..hehe





ketua chef akhawat, berentap!! hehe


penemuan jenayah Iron chef, kantoi..nama dirahsiakan...ngeh3~


kerja sama, ketawa sama, termenung sama



semua dah settle ni, tinggal tunggu siap masak je..



bahagi2, sorang buang kulit, sorang potong2, sorang kikis2 ke ape tu...ops! ops! jgn jatuh ke tanah plak!


cameraman nak jugak kan ade gmbar sendiri..gilir2 je pun jadi cameraman.


nazirah, munsief dan kak ina...pasukan berbaju biru..hehe


hanin rilek dan santai berbaring2 atas tikar...




game isi air dalam botol, ustaz najib: 'bila pulak member aku nak sampai nih...'



strategik sungguh kumpulan ni, pilih tangan yang paling besar. paling banyak air dapat!




mama and ummi, dua penyayang Hanin dan Uwais


ladies with apricot..sembang apricot!










hanin and mama



gambar atas: beratur giliran minum, qod alima kullu unasim mashrabahum..hihi

gambar bawah: antara yang sempat bergambar selepas berjemaah maghrib di masjid Burma


uda, mama and hanin...



hanin yang dari awal program sibuk mencuba kasut orang besar, akhirnya kasut uda menjadi pilihan kegemarannya...pakai pun sampai terbalik, takut uda kejar!


uwais: hanin cuba teka uwais tulis ape ni??

hanin: kak yaya, cuba bisik kat hanin ape jawapan die...


team syawayyah...aiwaahh!!

hasil masakan: usaha+ peluh keringat bertempur= makan tengah hari kita..hehe



haa mai sini mai sini tolong kipas..cepat skit masak ni..ni boleh jadi game lumba2 kipas ni...






menggunakan kemudahan alam semulajadi...ringan sikit kerja penganjur program..hehe








game teka silang kata.." cepat2 semua tunjuk jari kat kertas ni, kot2 dapat markah kerjasama lebih ke?!!'



game lontar belon, teka siapa yang baling, siapa yang sambut...hehe kacang je.




termengah2 dan semput akhawat berkejar2 mengisi air dalam botol, alhamdulillah berbaloi dengan kemenangan dengan beza kumpulan air yang sangat banyak berbanding kumpulan lain...hehe



'najib, anta jangan sia2kan usaha ana ni!! tadah elok2!'



habis, selesai, laporan paling lambat dan basi! haha..tergantung pulak tu..


Thursday, May 21, 2009

alhamdulillah..terima kasih kawan...

Bismillah
alhamdulillah, dan alhamdulillah, dan alhamdulillah lagi..
segala puji segala kesyukuran, kita panjatkan kepada Allah, Hanin.

Harini, bermula dari pagi sehingga ke malam insyAllah jadual kita akan menjadi sangat pack, sebab esok kita ada hari besar iaitu Family Day PPMA, julung2 kali diadakan, di Dibben Forest, Jerash.

Mama, lepas habis kelas, ada exam satu paper, alhamdulillah preparation dah dibuat berkali2 dan berhari2 sebelum exam (memandangkan exam pun asyik ditangguh pensyarah),selesai exam mama bergerak ke Bab Syimali Jamiah Urduniyyah untuk beli tiket masuk ke program anjuran sebuah organisasi berkaitan dengan Al Quds..insyAllah akan dimasukkan slps program entry berkenaanya, esok insyAllah).
selesai beli tiket terus pulang ke sweileh, singgah sebentar di rumah Uda, kemudia turun ke rumah Umi, untuk ambil Hanin.

Umi dan Uda menawarkan diri untuk membantu apa2 kerja berkaitan persediaan untuk program esok sebelum mereka pergi ke jemputan makan di rumah pengarah MSD. sungguh pun malam ini memang dijadualkan untuk membuat apa2 kerja berkaitan, namun mereka tawarkan untuk menolong petang ini takut2 malam mereka terlewat balik.
mama agak teruja dan terharu dengan kesungguhan mereka, DAN! dan kesefahaman mereka sekaligus menunjukkan betapa mereka empathy terhadap mama.
kami bergerak sekali arung dari rumah umi-uda, membawa bersama karipap frozen untuk digoreng dan bbrp brg lain. bersama anak2! uwais, hanin, eh?? xde dah.. :)

smpai di rumah, rumah kita tungganggg terrrbalik sangat hanin, angkara kesibukan kedua ibu bapa mu... ( as mama would always say, sibuk je alasan, yang tak sibuk macam takde..hihi) uda dan umi sekali lagi megharukan mama, masing2 beroperasi. uda menvacuum ruang tamu, umi slepas selesai membalas msg org dr msia bertanyakan cadangan nama anak yang baru lahir, terus ke dapur bagai iron chef! (wahh ni signal ni...alamatun nasrr..hehe)

selesai kerja, sebelum umi uda balik, umi dan uda menawarkan untuk membawa hanin bersama ke jemputan di rumah pengarah sekejap lagi.. ohh!! bertambah terharu...mama berkali2 tanyakan 'boleh ke?' 'tak letih ke?'... mereka tanpa ragu2, yakin menjawap ' boleh je...klu dia nk susu umi bagi je lah'...umi. 'ain ok je...best ape ade hanin...'...uda.

'ya Allah betul ke..??'.. 'sempat lah awah study kejap macam ni!' sorak mama..terharu sungguh.

benar sungguh, mama benar2 merasakan, mereka benar2 bersungguh merasakan ingin meringankan urusan mama hari ini.. alhamdulillah... inilah,
teman susah dan senang, teman setia...
alhamdulillah, segali puji dan kesyukuran mama panjatkan kepada Allah...

ps..tak lupa juga buat kawan2 lain yang sentiasa bersama susah dan senang di luar sana!

ok, enrty ni je, sementara topik masih hot dan fresh! nak study..

** dok terbayang hanin japgi makan apa...hehe..~

Saturday, May 9, 2009

cara memasak Mansaf

Bismillah
Salam Haninkuhaiii,
setelah abi berpesan berkali2 supaya mama tuliskan resepi mansaf di sini, ini dia. bak kata abi, kita merintis resepi mansaf dlm internet...kononnya lah. kalau ikutkan plan mama, mama nak letak cara memasaknya setelah ada rezeki mama belajar masak dengan kawan arab, cuma peluang tu tak tahu bila...nanti dah luput pulak idea ni.

Sebelum itu, ini dia pengenalan mengenai mansaf, just klik the mouse! hehe http://en.wikipedia.org/wiki/Mansaf

Bahan2nya:
1 kilo daging
1 kilo beras Mesir atau beras Amerika (bulat2 pendek, mcm beras Sushi)
1 sudu baharat mansaf (rempah mansaf)
5 helai daun ghar (warakah ghar) untuk menghilangkan bau daging kambing
500ml yoghurt fresh atau laban baladiah
1 ketul jameed (yogurt yang dikeringkan dan dikeraskan)
sedikt kunyit
sedikit garam
4 sudu samnah (ghee)
chopped parsley
roasted pine nuts dan almonds

1. rebus daging bersama daun ghar dan rempah mansaf sehingga daging separuh empuk, kemudian keluarkan daun ghar, biarkan daging bersama air rebusan.(air rebusan jangan terlalu banyak)
2. sementara itu, hancurkan jameed dgn cara meramaskan jameed dgn air suam, kemudian masukkan jameed yang telah hancur ke dalam blender bersama fresh yogurt. blend sehingga hancur. kemudian tapiskan mixture ni.
3. masukkan yogurt yang telah di blend dan ditapis tadi ke dalam daging tadi bersama sedikit kunyit untuk pewarna. kacau sehingga daging masak. perhatian: sentiasa kacau untuk elak pecah yogurt haha..bukan pecah santan ye...
siaplah kuah...
4. untuk memasak nasi, rendamkan beras bersama sedikit kunyit selama setengah jam. kemudian tapiskan beras, dan tumis bersama ghee (samnah), setelah rata masukkan air, sukatan air utk beras ini, 1 cawan beras = 1 1/2 cawan air.masukkan sedikit garam dan kunyit.

setelah semuanya masak,cara untuk menghidangkanya, susun roti pita/ roti syawarma(tak tau nama roti dia) di atas pinggan atau dulang, kemudian letakkan nasi dia atas pinggan / dulang, taburkan daun parsley dan roasted pine nuts dan almonds diatas nasi, susun daging kambing yang telah di masak. dan tuangkan kuah mansaf, siap!

selamat mencuba dan selamat jamu selera..

Friday, May 8, 2009

one special Jumu'ah

Bismillah


salam Hanin, hari jumaat yang ini jumaat yang special as kita menyambut kelahiran seorang lagi pejuang Islam iaitu baby Aunty Syila dan Pakcik Abdullah, yang selamat dilahirkan semalam, 7 mei 2009 di hospital Essra, tempat Hanin lahir juga.

baby girl seberat 3.29kg yang sooo comel, merah dan wangi bau si kecil suci.


seawal pagi yang telah lewat skit, mama abi dan Hanin pergi ke hospital untuk ziarah baby n aunty Syila. Hanin lovely and softly kiss baby Nuha, nama telah diberi. erm...Nuha apa ya mama dah lupa aunty Syila sebut tadi.. baby Nuha ada nama tarkib.



mama and aunty Syila yang nampak tetap kuat dan sihat walaupun semalam delivery secara ceasarean


baby Nuha, little cute girl..moga jadi anak dan hamba solehah...

warm kiss from ukht Haneen..nanti dah boleh jalan main dgn kakak ye...

sebelum kita pulang, kita sempat ambil gambar2 kenangan, mengenang memori hanin dilahirkan di sini...nostalgia...cewaah



ini bilik wad mama...kali pertama mama tatap wajah Hanin dalam bilik ni..bukan dlm delivery room..sbb mama terus xsedarkan diri..letih dan terus tak sempat tengok muka hanin

next aktiviti kita menambahkan ke'istimewa'an hari jumaat yang sudah sedia mulianya dan barakahnya...kita sekeluarga masak mansaf bersama2..! atas permintaan abi yang dah lama 'idam'kan mansaf buatan sendiri..alhamdulillah nikmat, nikmat kepuasan nak letak bahan2 ikut suka kita.. bajet pun memuaskan..berbaloi makan sndri kat rumah dari makan kedai!

kuah laban = jamed+ laban baladiah

nasi beras mesir dimasak dengan samnah (ghee~uuu fat fat...even visceral fat!)

pine nut atau snuber arab sebut... sikit je sbb mahal



a>

ok, cara masaknya belum diperbaiki, semua ok cuma maybe silap 'teknik'..mungkin teknik kita tidak ke'arabiyan...kuah terlebih pekat...though ade umphhh!

hanin pun layan hingga menjilat2 pipi...





bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu...ngeh3~
to pakcik2 and makcik2 Hanin di Msia, ada berani mau cuba ka? nnt balik Msia mama nak masakkan..hehe