Monday, September 21, 2009

kisah perebutan Hanin =)












ini entry cerita bergambar...

tajuknya Perebutan Hanin

antara Irfan dan Uwais...

cewwah...perasan la mama...macam la Hanin 'hot' sangat... kih kih kih...

ia berakhir dengan Uwais bertolak ansur dengan Irfan

sebab Uwais sampai besar pun boleh jumpa Hanin lagi insyALLAH =)

tamat...hehehe

Hanin 1st Syawal di Jordan

Bismillah

salam aidil fitri buat semua. Kami pohon kemaafan atas segala salah dan silap, terutama buat ayah dan emak. tak lupa juga buat kesemua adik beradik abi dan mama yang di Jalan Kebun dan di Ampang.

Kullu am wa antum bikhair.

sekadar untuk tatapan keluarga di Malaysia berkenaan aktiviti2 'beraya' Hanin sefamily di Jordan.

SOLAT RAYA & JAMUAN

Tahun ni pelajar2 di Amman dipanggil Embassy Malaysia utk solat raya di kedutaan, lepas solat ada jamuan makan yang complete menunya, rendang, kuah kacang, sayur lodeh, nasi impit, lemang dan kuih muih yang beraneka. macam kat Malaysia jugak... hehe ;)

Hanin yang tak cukup tidur di pagi raya..

abi, hanin dan staff MSD dengan anaknya, Kauthar (muka serupa ayahnye)

di kedutaan lepas menjamu selera

hampir kesemua warga Amman di Jordan

Hanin dan Uwais di depan bangunan safarah

dihiburkan dengan persembahan tarian zapin oleh anak2 pegawai2 safarah

pegawai2 pun tak lepas membuat persembahan..lagu raya

sebahagian dari sweileh family..

ZIARAH MENZIARAHI

macam kat Malaysia gak, ziarah saudara2 yang dah macam family di Sweileh ni tak dilupakan. Tapi tak lah dapat buat macam kat Malaysia tu, sehari sampai 6 buah rumah dapat lawat saudara. Kalau buat macam tu kat sweileh, sehari dah habis semua rumah melayu kat sweileh ni! hehe..

Bangsa arab di sini pun sama juga. ziarah menziarahi saudara sememangnya menjadi budaya kebiasaan mereka apatah lagi di bulan kemenangan dan kegembiraan seperti Syawal ini.


kunjungan lawatan pertama, rumah Ust Mujahid dan Kak Ina


rumah kedua, rumah Hanin.

SERBA BARU HARI RAYA

Kelihatan sekeluarga Arab berjalan bersama2 berpakaian baru dan kemas. yang lelaki memakai blazer/ kot satu set lengkap macam tuxedo, yang wanita berjubah cantik, anak perempuan berpakaian 'meriah' warna berseri2, semuanya kelihatan baru. macam kita di Malaysia jugak..

Ada juga beberapa anak remaja lelaki berkumpul di kaki2 jalan memperagakan pakaian 'aid.. kanak2 perempuan ramai kelihatan memakain gown, blous, skirt semuanya satu set dipadankan dengan hand beg kecil 'for kids' yang sama warna... itu lah budaya Arab yang sukakan keindahan dan kecantikan.


adik Nisrin memperagakan handbagnya..comel =)

adik Khairi dan adik Sofiyyah yang comel

two beautiful and adoreable girls..memperagakan baju raya style Arab special from their parents buat raya kali terakhir di Jordan =) buat Syahirah dan Sofiyyah, moga jadi anak solehah.



Syahirah bersama adiknya Faheem memperagakan suite yang biasa dipakai kanak2 arab

anak-anak soleh sweileh...

Sekian dulu cerita jalan-jalan raya Hanin pada raya pertama!

tak sabar nak tunggu mak long update cerita jalan2 raya al langkawi! ;p

Wednesday, September 16, 2009

Bebas! Allahu Akbar!!

Bismillahir rahmani rahim

Alhamdulillah kita sekeluarga panjatkan kesyukuran dan kegembiraan yang tak terhingga buat Cikgu Laila sekeluarga atas pembebasan suaminya dari tahanan tak sah bermotif politik dan berniat jahat: ISA yang ZALIM LAGI KEJAM, sejak tahun 2002.

boleh baca di sini mengenai cikgu Laila: lailagmi.blogspot.com/

Tahniah cikgu! Awah turut merasakan kegembiraan yang tak terhingga. inilah hasil usaha perjuangan cikgu selama ni menuntut pembebasan suami. dan lebih special lagi, pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini, dan lebih special lagi 10 terakhir ramadhan ini. Fuhh!! Bertuah cikgu, minta Allah bebaskan abah Suhaib, Allah bagi, plus at the best time ever..

Merasai kegembiraan mendengar berita gembira ini mengingatkan aku perasaan yang sama dialami pada hari Ayah dibebaskan 3 Jun 2006 (betul eh? ;p) perasaan bercampur baur, takut, sedih, gembira, berdebar takyah cakap lah!. takut kalau2 disambung lagi tahanan selama 2 tahun itu.. (cikgu Laila dah alami pembaharuan tahanan 2 tahunan sebanyak 3 kali!!menjadikan temph tahanan suaminya 7 tahun!)

Teringat lagi, sehari sebelum keputusan ayah dibebaskan, aku ketakutan dan tak mampu nak menunggu hari esoknya, rasa macam nak tidur aje dan taknak bangun sampai esoknya! debaran yang unbearable.. terlalu tak boleh ku bayangkan macam mana kalau disambung penahanan ayah lagi 2 tahun....terlalu banyak seksa dan perit, rindu yang tak terkata pada ayah. dan sudah terlalu banyak air mata yang mengalir tiap2 malam sebelum tidur rindukan ayah... terlalu kerap terngiang2 suara ayah membaca Al Quran di ruang tamu atas, setiap malam sebelum ayah tidur. semuanya dah tak boleh ku bayangkan lagi kalau berterusan lagi 2 tahun..

ISA...terlalu banyak kekejamannya jika dibiarkan terus dan tidak dimansuhkan..
ISA...saban hari makin bertambah kekejamannya
ISA perlu dihapuskan segera.
Perjuangan menghapuskan ISA mesti diteruskan!

Sunday, September 13, 2009

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan Ahlaa...

Bismillah

Fuhh lama sekali mama tak menulis ni! kadang2 rase takde benda yang nak di-update-kan..kadang2 ada terlalu banyak sampai tak sempat nak tulis hehe.

awwalan, ahlan ya ramadhan. ahlan diucapkan pada ramdhan yang ke 13? huhu.. sebenarnya, 1 ramadhan lagi kami semua, mama, abi, hanin dan semua warga2 melayu-sweileh dah membuat persiapan untuk menyambut ramadhan.

baiklah, mama nak kongsi sikit hari-hari ber'ramadhan' ni bumi barakah Urdun ni bersama makcik2 and pakcik2 hanin yang kat malaysia tu. dan sedikit perkembangan hanin.

Puasa Hanin

Ramadhan kali ini, mama and abi cuti, fasal soifi (summer semester) tamat seminggu sebelum ramadhan haritu. orait lah takdelah letih g kelas dgn pose musim panas ni.

Hanin puasa susu badan! mama nak train kurangkan menyusu, supaya tak lama lagi nak henti menyusu dah, taklah hanin shock! mula2 hari pertama tu miserable gak hanin nangis2. tapi boleh lah alih dgn bnd2 lain, sebagai ganti, hanin minum susu kotak (susu serbuk yang untuk age dia takmo!), buah2an, kuram, yoghurt, roti and zaitun dlln.

dan hari2 berikutnya, hanin dah boleh terima. satu hari tu, hanin menangis syahdu sambil sebut 'tek..tek..' dan buat isyarat jari telunjuk gerak2 (it means no no) hehe sweet la plak. dia cam terima tapi dengan hati yang penuh sedih.. =)

Minat baru

ramadhan pertama lagi, persatuan pelajar di amman buat iftor jamaie dgn sikit pengisian tazkiyah. solat terawih pun dibuat di rumah kami. ketika semua orang meng'amin'kan bacaan imam, hanin pun sebut kuat 'aaamiinn'..tapi lepas sume orang habis ebut amin hehe.

sejak hanin perhatikan sekarang ni fatrah orang solat ramai2 dan lama2...dia pun minat utk solat, capai aje tudung mana2 yang dia nampak, besar tak besar, orang punya tak orang punya, pakai dan sujud meniarap, mulut pun kumat kamit.. wajah serius! orang yang tgk aksi dia solat tergelak2 sbb comel, die masih serius solat dan mulut kumat kamit membaca 'sesuatu'.

nampak keseriusan mukanya tu??

quran pun tak lepas juga dari perhatian hanin. quran yg banyak atas meja cuba diambil tapi dgn tgn yg tetutup dek tudung yg amat labuh tu...lawak pulak tgk. disebabkan motor2 halus dia belum beroperasi baik, dia agak sukar nak menyelak helaian2 mushaf. teruskan mencuba ye!


eyah...eyah...mana tangan nih..


haa dapat pun...
sampai terduduk2 nak bukak mushaf

Terawih, dulu dan sekarang

satu malam ni, mama bawak hanin terawih di masjid berhampiran rumah. seronok rasanya nak bawak. sbb dulu masa mama pregnant kan hanin, mama pegi solat kat situ ramai kanak2 kecik, besar, baby, toddler, remaja ada. ada yang solat di baris belakang, ada yg solat dicelah2 makcik2, ada yang berlari, ada yang menangis, ada yang main.
itu 2 tahun lepas.
tapi kali ni, mama dtg, masjid sunyi tak bising dgn anak2 cam dulu. ada lah 2-3 kelompok anak2 solat di baris belakang. ada juga yang solat dicelah2 makcik. biasa aje, budak2 solat sebelah mama, gerka sana gerak sini. ok aje, takde yg marah, tak nmpk pulak istilah putus saf putus saf ni.
hanin pulak, lepas rakaat ke berapa entah, die 'bersuara'...menangis yang tak menangis pun..maybe dia tak sesuai lagi dgn tempat baru. habis je solat, ade makcik arab ni cakap kuat2 complain 'wahai saudara2...bersolat di masjid adalah untuk bersolat dengan aman dan tenang...kalau ada budak2 menangis, dimanakan ketenangannya??'
berulang2 kali cakap.

takpelah hanin, kita solat kat belakang. solat lah mama sebelah anak2 usia sekolah rendah. kawan mama yang tadi mama solat sebelah dia, anak imam tu menoleh ke mama seolah2 simpati.

maybe makcik tu sorang je kot yang rasa gitu? maybe semua makcik pun? sebab suasana masjid dah lain...dah tak meriah dgn anak2 macam dulu. tapi at least ade jugak lah sikit perbezaan muamalah bangsa arab ni dengan kanak2 ni masjid berbanding sesetengah masjid di malaysia?

apa2 pun mama bersyukur sbb anak2 ni bersemangat datang ke masjid sendirian dan solat berjemaah. bila mama tanyakan si anak yg mama kenal: 'wein mama?' dia jawap: 'fil bait'. maknanya dtg sndiri je solat. bagus bagus..alhamdulillah.

Welcoming Ramadhan

seperti apa yang mama perhatikan, bila menjelang ramadhan, segelintir rumah menyalakan lampu kelip2 awarna warni, lampu berbentuk bulan dan bintang...menyambut ramadhan. kalau di malaysia, kita pasang lampu ni bila syawal menjelang kan?

Kuih ramadhan

istimewa ramadhan ni Jordan, kuih qatayif. khas dijual bulan ramadhan sahaja. macam kita kat msia. tapi, satu jenis je kuih dia! satu...bukan berjenis2. kuih start dijual lepas asar (kalau tak silap) dan sebelum maghrib dah tutup. ini bagi kedai kecik2 lah.
rasanya macam apam balik tapi isinya kita buat sendiri, boleh bubuh walnut+kelapa kering+gula+cinnamon powder atau keju tawar+habbatus sauda. berkhasiatkan?

gmbar takdak! nnt upload.hehe

sekian dulu!





haa yang ini untuk tatapan hangpa semua kat malaysia k. ini our best fruit on iftar! tin. wat tiini waz zaitunn! hehe haritu letak gambar durian kan...ha amek gamaba ni plak. memang lazat dan enak, sejuk tekak dan perut makan..sluurrppp. =)