Monday, December 21, 2009

buat tatapan dan ingatan

Bismillahi rahmani rahim

lusa hari rabu, umi, abi dan uwais akan pulang ke malaysia selama dua bulan lebih... mama rasa hanin pasti akan tercari2 dan tertanya2 mana uwais menghilang... mesti kerinduan dua orang adik beradik susuan ni...huhu...kesian...

sejak kebelakangan ni, uwais dan hanin dah tertukar2 panggilan emak masing2... hanin sejak mama balik haji lagi, bila nak minta sesuatu dari mama akan sebut : 'mii, nakk'.
mula2 mama tak faham apa yang 'mi'nya..rupanya 'ummi'...

uwais pulak sejak dua tiga hari ni, panggil umi dia 'mama'...

hanin sejak dulu lagi bila nampak seluar jeans yang dia punya, sebut 'uwais...uwais...'
uwais pun bila tengok seluar khakis yang warna cair2 (yang dia punya) sebut 'hanin...hanin'
yang kelakarnya, bila mama dan ummi masing2 bagi tahu yang seluar tu adalah milik masing2, uwais dan hanin dua2 bertegas yang itu bukan masing2 punya, lain2 masing punya (haha mama pun dah tak tahu nak cite camne)

'UWAAAIIISSS!!!'
'HANNNIIINN!!!'

sambil kerut dahi.... hehe...

buat tatapan hanin masa rindu2 uwais dan umi abi... buat umi, jangan lupa update kat blog k gmbar uwais... ( kena gi cc pun cc laaa....hihi)




hanin bukan main peluk bantal bug hadiah 2nd besday hanin dr abi and umi uwais. uwais dpt kharuf..hehe




selamat pergi dan selamat pulang uwais, umi dan abi!
aid milad said ya uwais! 23 december 2007 (uwais will be in tayyarah =))

wida'an juga buat abang iqbal yg akan pulang ke malaysia bersama2 uwais lusa ni untuk meneruskan persekolahannya di malaysia.

semoga terus cemerlang dalam pelajaran!

Saturday, December 12, 2009

Aduhaii Hanin..

Aduhai Hanin...

itu jelah yg dapat mama abi lafazkan bila setiap kali Hanin buat aktiviti hanin...memasak dan menyuap... menyuap mama abi... secara paksaan... berkali-kali....huhuhu..

'mama, mama, num! num!' (mama, minum)

'MAMAAAAA!!! nummmmm!' bila mama tak perasan (sibuk buat kerja lain)

mama cuba selamatkan diri: 'abi? abi taknak?'

hanin pun pergi kat abi: 'abi, abi.... abi....'

Abi pun terus buat-buat tidur... Hanin pun pergi...biarkan saja orang yang pelik itu tiba-tiba sahaja tidur.. hehe...

'abang, kita kena bagi kawan lah kat dia untuk dia suap2 makanan dia ni'.....
mama pun capai doll dan ajar hanin supaya suap dia makan.

tak lama lepas tu.....

'mama, fain! fain!' fain atau ejaan yg sebenarnya adalah fine bermakna tisu, tisu yg telah terkenal dgn jenama Fine kat sini..macam kita colgate adalah ubat gigi, maka darlie, mukmin pun dipanggil colgate.

dapat fine, terus lap mulut doll (tumpah makanan konon2nya)

ishhh sebijik betul dengan tetah.. =)

moralnya: selagi anak kita nak membesar...selagi itulah dia memerlukan sokongan kedua ibu bapanya... heeeeeee ;)







saya anak solehah!!

Sunday, December 6, 2009

Salam Haji

Bismillahir rahmanir rahim

Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar la ilaha illallah
Allahu akbar, allahu akbar, wa lillahil hamd.

Alhamdulillah, selesai sudah mama dan abi mengerjakan ibadah haji, dan selamat sudah mama abi pulang ke sweileh, jordan, kembali mendampingi sisi Hanin, syukur, lega, tenang, redha segalanya berbalik kepada Allah.

Alhamdulillah, Hanin dalam keadaan sangat baik, tambah chubby, tambah berat. Alhamdulillah amanah yang diberi pada tetah dipikul baik. reaksi Hanin ketika mama abi datang ambil Hanin, tersenyum dan tersengih tak henti2. Hanin peluk mama dulu, pastu sebut 'abi', dan peluk abi. Mama yang menangis tak tertahan rasa 'menahan' rindu dan terkenangkan Hanin sepanjang di tanah haram. Lega sekali tengok Hanin dlm keadaan yang cukup baik setelah 15 hari membayangkan keadaan Hanin. SYUKUR!

gambar sebelum mama abi berangkat, ketika hantar hanin ke rumah tetah

di rumah tetah (hanin macam dah boleh agak mama nak tinggalkan dia 'luar biasa')

Mama dan abi tak target untuk membeli2 semasa di sana, cukuplah masa umrah bulan jun tempoh hari. cuma special untuk Hanin, mama abi hadiahkan 'kitchen' untuk hanin. nampak besar, tapi harga tak besar...hehe. satu2nya yang 'terbesar' mama abi angkut bawak balik, khas untuk Hanin! =)

tengok hanin tenung muka mama, sejak mama ambil, berkali2 tenung muka mama. nak pastikan ni betul ke mama!


abi tolong pasang kitchen hanin

saiz kotak lebih besar dr hanin..

Ada beberapa perubahan pada Hanin yang mama kena biasakan ketika baru sampai.. (camne lah org yg berpisah dgn anak berbulan2...huhu)
antaranya, hanin lebih diam (mula2 je), kemudian hanin byk cakap tapi mama tak dpt tangkap (mungkin bhs arab kot!), hanin bangun seawal 6.30 atau 7 pagi dan terus minta sarapan. untungnya kena train dengan arab ni, breakfast dia simple, roti makan dengan cheese je, tak perlu tumis2 nasi goreng! =p jimat masa, dan ada beberapa nutrisi yang diperlukan Hanin, kalsium.
yang lainnya, selera makan hanin bertambah. dan paling best hanin dah kena toilet training! dah pandai duduk cangkung kat toilet bowl, tapi tetah kata dia train hanin kat potty training je.
malam pulak, Hanin tidur dengan sendirinya, tak payah tepuk tepuk atau buai. cuma resah2 skit sebelum tidur, maklumlah, elemen2 yang menidurkan dah takde (ie puting badan, dodoi, dan buaian).

secara puratanya, perkembangan Hanin memuaskan, mubarak ya ibnati!
bila cerita dengan maklong (mama jumpa maklong dan paklong di sana), cakap hanin dah boleh jadi kakak! insyAllahh...

setakat ni dulu buat tatapan saudara mara dan sahabat handai.

tak lupa mama abi ucapkan buat sahabat2 yang turut sama tengok2kan hanin, melawat dan ziarah, especially ibu susu hanin, Ummu Uwais dan suami, Abu Uwais. Allah sahaja balas jasa kalian, moga seruan kalian untuk merasai nikmat haji ni sampai tak lama lagi, dari jordan ni insyAllah, aamin.

tak lupa buat sahabat2 dan adik beradik mama abi, moga Allah kabulkan permintaan kalian semua. aamin!