Saturday, July 4, 2009

rehlah umrah- durus wa ibar 3

Bismillah..

penulisan rehlah umrah 2 dan 3 benar tersangkut dek kesangkutan internet yang benar2 bersangkut paut dengan kelembapan khidmat broadband ini.. arghh..geram betul.
okay, lagi rekod rehlah umrah.

Di Madinah, makanan agak murah. Bagi makan kali pertama di Madinah mama dan abi pergi ke mat'am Asia, di situ ada nasi campur. Gembira dan dan senyum lebar mama dapat makanan dari situ. Abi pun berbesar hati dan suka untuk melayan selera mama malam tu.
Tauhu, ikan sambal (ikan fresh) dan bayam masak bening, nasi untuk 2 orang.
harga: riyal 16...murahnyeeee.. kalau kat Jordan ni mau dalam 5 ke 6 dinar bersamaan dgn 25- 30 riyal..

Alhamdulillah... murah harga tu sesungguhnya nikmat...sedap makanan tu apatah lagi lah nikmatnya..

seronok sangat mama dan abi makan sampai terlupa nak ambil gmbar. Hanin yang sejak dalam perjalanan tak mau sentuh sikit pun nasi bahkan macam allergic dengan nasi..terkena aje sebutir dua nasi kat bibir, dah tepis2 dan buang2. hanin hanya makan lauk..


di sebuah kedai fast food ketika belikan Hanin french fries untuk dia makan2 sambil jalan di salah satu comercial complex di Madinah berhampiran hotel. garang je muka pakcik ni..


pakcik ni lembut sikit muka dia..suka betul dia kat Hanin, sayang2 Hanin..

di legaran comercial complex..Hanin yang tunjuk nak pegi ke tempat ni..



KISAH STROLLER

'nanti kat sana kita perlukan stroller sangat tau awah...' pesan cik Ina ketika mama melawatnya sebelum bertolak ke umrah..

alamak..stroller Hanin rosak ( ni kira makluman rasmi lah untuk pak Ngah abang mama hehe...).
Hanin ada 3 stroller, kesemuanya kerosakan..
yang pertama: hadiah dari kawan mama dan abi ketika Hanin masih baby. stroller tu dah sampai Jerash dah..

yang kedua: pemberian dari pakngah dan mak ngah..stroller yg asalnya dibeli untuk Maryam Hana tapi Hana tak mau duduk. jadi tak guna, bagi Hanin. banyak berkhidmat bawa Hanin ke sana sini, naik bukit turun bukit. akhirnya akibat terlampau lasak..isk isk..patah pulak.

yang ketiga: sebab dah desperate sangat nak guna stroller, mama abi beli yang second kat bundle balad..jd13..paling murah..pastu gedek gedek gedek..roda dia senget dan tertanggal..huhu..

'takpe, beli lah kat sana, murah kat sana..beli yang jenama2...MACLAREN ke..' kata cik Ina.

mama dalam hati tidak terdetik langsung dan tak berniat pun nak cari yang jenama sebab tau harganya bila contohnya di Jordan harganya menjangkau jd100 iaitu bersamaan rm500. woww. angka yang tidak dijeling pun oleh student macam mama abi apatah lagi nak berangan untuk memilikinya..


Di bangunan hotel Madinah Oberoi yang berada betul2 di depan pintu masuk masjid Nabawi 11A, terpampang papan tanda Mothercare. sepanjang 3 hari di Madinah, mama abi asyik berniat nak masuk ke Mothercare tapi tak jumpa2 pintu masuknya. Hanya pada hari terakhir sebelum solat Zohor, kami tanya orang2 di sekitar hotel tu mana Mothercare tu, barulah ada orang tunjuk. rupanya pintu masuknya under construction sebab tulah tak nampak.

Kebetulan pula masa tu ada offer lumayan kat situ, dan offer tu hanya selama 3 hari dan hari ini hari terakhir. ada beberapa jenis stroller. seperti biasa, mama abi akan meluru kepada yang paling murah lah. MACLAREN volo. harganya 275 riyal saudi iaitu bersamaan 250 hengget Msia. kalau kat Jordan nilai sebanyak tu hanya boleh dapat yg biasa takde jenama. diskaunnya separuh dari harga asal.

'mahal gak lah kan...' mama

'okay kot, boleh pakai untuk anak2 yang lain..tahan skit kot insyAllah...' abi

Angkut...

Alhamdulillah.

Tak tersangka kan Hanin, kita boleh dapat benda yang kita tak pernah terfikir pun yang kita boleh dapat, sebabnya Allah boleh beri apa2 saja pada sesiapa saja tanpa had dan batas.

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari Kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

Al Baqarah: 212


Hanin pun nampaknya pd permulaan suka betul dgn stroller baru..cam hargai skit



masa di kedai, Hanin mcm tau2 kita nk beli srtoller, terus duduk kt stroller pink ni. smpai nangis2 taknak turun. harganya lebih mahal anak oii! hihi

p/s: abang wah, balik nanti kena ganti lah stroller Hana tu...hehehe..

1 comment:

FabulouswithAs said...

heheh cte stroller nih da kali ke-2 asma dnga..hehe..comelynye hanin dgn stroller pink..jelesnye dpt mkn cam mknn msia..... ikan sambal.ikan fresh tuh....[terliuq]