Monday, September 21, 2009

Hanin 1st Syawal di Jordan

Bismillah

salam aidil fitri buat semua. Kami pohon kemaafan atas segala salah dan silap, terutama buat ayah dan emak. tak lupa juga buat kesemua adik beradik abi dan mama yang di Jalan Kebun dan di Ampang.

Kullu am wa antum bikhair.

sekadar untuk tatapan keluarga di Malaysia berkenaan aktiviti2 'beraya' Hanin sefamily di Jordan.

SOLAT RAYA & JAMUAN

Tahun ni pelajar2 di Amman dipanggil Embassy Malaysia utk solat raya di kedutaan, lepas solat ada jamuan makan yang complete menunya, rendang, kuah kacang, sayur lodeh, nasi impit, lemang dan kuih muih yang beraneka. macam kat Malaysia jugak... hehe ;)

Hanin yang tak cukup tidur di pagi raya..

abi, hanin dan staff MSD dengan anaknya, Kauthar (muka serupa ayahnye)

di kedutaan lepas menjamu selera

hampir kesemua warga Amman di Jordan

Hanin dan Uwais di depan bangunan safarah

dihiburkan dengan persembahan tarian zapin oleh anak2 pegawai2 safarah

pegawai2 pun tak lepas membuat persembahan..lagu raya

sebahagian dari sweileh family..

ZIARAH MENZIARAHI

macam kat Malaysia gak, ziarah saudara2 yang dah macam family di Sweileh ni tak dilupakan. Tapi tak lah dapat buat macam kat Malaysia tu, sehari sampai 6 buah rumah dapat lawat saudara. Kalau buat macam tu kat sweileh, sehari dah habis semua rumah melayu kat sweileh ni! hehe..

Bangsa arab di sini pun sama juga. ziarah menziarahi saudara sememangnya menjadi budaya kebiasaan mereka apatah lagi di bulan kemenangan dan kegembiraan seperti Syawal ini.


kunjungan lawatan pertama, rumah Ust Mujahid dan Kak Ina


rumah kedua, rumah Hanin.

SERBA BARU HARI RAYA

Kelihatan sekeluarga Arab berjalan bersama2 berpakaian baru dan kemas. yang lelaki memakai blazer/ kot satu set lengkap macam tuxedo, yang wanita berjubah cantik, anak perempuan berpakaian 'meriah' warna berseri2, semuanya kelihatan baru. macam kita di Malaysia jugak..

Ada juga beberapa anak remaja lelaki berkumpul di kaki2 jalan memperagakan pakaian 'aid.. kanak2 perempuan ramai kelihatan memakain gown, blous, skirt semuanya satu set dipadankan dengan hand beg kecil 'for kids' yang sama warna... itu lah budaya Arab yang sukakan keindahan dan kecantikan.


adik Nisrin memperagakan handbagnya..comel =)

adik Khairi dan adik Sofiyyah yang comel

two beautiful and adoreable girls..memperagakan baju raya style Arab special from their parents buat raya kali terakhir di Jordan =) buat Syahirah dan Sofiyyah, moga jadi anak solehah.



Syahirah bersama adiknya Faheem memperagakan suite yang biasa dipakai kanak2 arab

anak-anak soleh sweileh...

Sekian dulu cerita jalan-jalan raya Hanin pada raya pertama!

tak sabar nak tunggu mak long update cerita jalan2 raya al langkawi! ;p

No comments: