Saturday, July 18, 2009
hayya bil Arabiah!!!
khas atas permintaan Ateh (kakak mama) untuk mengajarkan beberapa perkataan arab yg basic. Ateh nak ajarkan pada Said.
man anta? man anta? teriak Ateh apabila Said bermain dengan tong sampah...
hehe...
1) Panggilan sayang (boleh diaplikasikan kepada suami juga ye..)
Habibi, albi (qalbi), habibi albi, 'umri, hayati, uyuni, ibni ghali.
2) Diamlah: ihda' atau uskut. Jangan menangis: la tabki, ihda'.
3) Makanlah: kul.
4) Jom: yalla/ yallah.
5) Meh sini: ta'al.
6) Ni mama datang: haini jai, bahasa china: hayni chaiyyo =)
7) Jom mandi: yalla nastahmam @ yallah na'khuz dush (mandi, ami)
8) Mandilah: dush! dushi! macam jepun lak.hehe
9) Dengar lah cakap: isma' lil kalam
10) Change diaper: ghayyir fuuth @ ughayyir futh
11) Kiss: bus (jgn baca bas pulak dlm sebutan english hehe) @ qubbul
12) Pegang tangan mama ni: imsik bi yadi
13) tunggu sat: lahzah syuwai @ istanna @ intazir
14) sabarlah: isbir @ taawil baalak
15) hati2: dir baalak (ami) @ i'tani binafsik (fushah)
16) slow2: syuwai-syuwai @ ala mahlak
17) cukup: bas @ khalas
18) sudah! @ habis dah : khalas!
19) awak dah selesai? @ dah sudah? (dah habis makan?): khalasta? @ intahaita aklatak?
20) tidurlah: nam!
21) pejamkan mata: ighmidh 'ainaika.
22) jalanlah: imsyi
23) meh sini kat mama: ta'al 'indi
24) minum susu: isyrab halib
25) nak susu?: biddak halib @ aturid halib?
26) saya nak: biddi @ urid
okay sekeian dulu. sebarang soalan boleh letak kat comment.
Selamat berbahasa arab, Said!!
mmuah..love Uda.
Saturday, July 4, 2009
rehlah umrah- durus wa ibar 4
catatan yang ni di Makkah pulak.
tapi, sebelum sampai Makkah, kita masih di Madinah..hehe beberapa lawatan dibuat sebelum bertolak ke Makkah untuk memulakan ibadah umrah.
Jabal Uhud, masjid Quba, masjid Qiblatain dan kilang Quran (sekadar lalu dan tengok dari luar).
di jabal Uhud, ramai amu-amu yang sayang dan suka pada Hanin..amu ni selalu pasangkan lagu toyor jannah kat Hanin dalam bas..
Jadi bermulalah perjalanan kita ke Makkah. seperti biasalah keletihan travel dalam bas..Hanin pada sebelah malam perjalanannya merengek kerana tak selesa tidur di atas pangkuan dan lengan mama abi.. sabarlah..nanti dapat katil..hehe..
Sampai di hotel Al Habiba, mama abi bersihkan diri dan bersiap2 untuk terus buat umrah. Hanin masih nyenyak tidur. Sampai di Masjidil Haram, abi memberi beberapa taklimat untuk mama, kemudian mama pergi tawaf sementara abi pegang Hanin yang tidur. tawaf mama selama 25 minit. kemudian abi pula tawaf.
Selepas tu Saie di bukit Safa dan Marwah pula.. Hanin pun tidur lagi..Hanin bangun ketika pusingan yang ke 5.
Selesai saie, solat subuh berjemaah dan Hanin menangis2 secara penuh sebak, sayu, syahdu dan sedih kerana terlampau letih. berjejes2 air mata Hanin, sambil menangis sambil menguap, terhenti sekejap menangis pastu sambung balik.. kesian
PEMANDANGAN yang MENGHIMPIT PERASAAN
Selesai subuh, semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, di tepi2 jalan betul2 di depan masjid ada budak perempuan berkulit gelap meminta sedekah di tepi jalan tu.berusia dalam lingkungan 8-12 tahun kalau tak silap mama. mula2 jalan, depan sekali budak ni gulung lengan baju dia, menampakkan tangannya yang kudung yang real bukan tipu2 punya, yang dah takde tangan sampai paras siku pastu ade lagi skit daging baru tumbuh...kecil je daging tu. tadah tangan yang lagi satu..sambil bercakap2 bahasa yang mama tak dapat tangkap..
Ya Allah...kesian..
Pastu jalan lagi ke depan...ada lagi sorang budak yang sama...kali ni tangan kiri plak..
Pastu jalan lagi ke depan..jarak antara setiap seorang budak tu dalam 10 langkah aje..ade lagi sorang budak yang sama tangannya!
Dan ada lagi kat depan tu! seingat mama ada 4 ke 5 orang budak yang sama tangan diorang...ini bukan illusi mata di pagi buta selepas solat subuh..ini real punya..
Fikiran dan hati mama betul2 terusik dengan apa yang mama lihat..betul terusik hingga terbawak2 ke tidur dan sampai ke tengah harinya.
Macam2 yang mama fikirkan, antaranya membuatkan mama teringat pada filem Slumdog Millionaire yang memenangi 8 anugerah Academy Award 2009. dalam filem tu Maman seorang gangster yang kononnya mentadbir rumah anak yatim, mengutip anak2 di tepi jalan yang kehilangan ibu bapa dan tempat berteduh dan melatih mereka menjadi peminta sedekah. Maman bahkan membutakan mata salah seorang budak yang kononnya dibelanya dengan tujuan untuk menambahkan rasa simpati orang terhadap budak itu sekaligus meningkatkan hasil kutipan sedekah.
Mungkinkah perkara ini berlaku kepada budak2 perempuan yang mama nampak tadi? mungkin kah budak2 ni pelarian dari mana2 negara? Sudan? Somalia? yang tidak mendapat hak pembelaan...atau kalau pelarian, mungkin pelarian yang tidak diiktiraf oleh negara tersebut
TURU 'AMIIQ
Sampai di hotel, setelah siap sedia untuk tidur, Hanin pun sudah tak tertahan lagi mengantuknya...terus menertus menangis. bila mama baringkan Hanin dan susukan, seperti biasa mama akan berpesan "tadah tangan baca doa!"
Hanin pun tadah tangan...
'allahumma bismika ahya wa amuut..'
Baru nak sambung baca al fatihah...aik?? Hanin dah terlelap dengan tangan yang sedang menadah untuk doa tadi pun masih dalam keadaannya tapi dah terlangkup kat muka Hanin...
kihkihkih...tergelak mama dan abi...mengantuk sangat..huhuhu kesiann..
Kami pun tidur ke hampir waktu zohor...nyenyakk....
MAKAN di MAKKAH
Lain pulak situasinya di Makkah berbanding Madinah. Makanan Asia tak dapat berhampiran dengan hotel, atau boleh jadi takde sebab katanya dah dirobohkan untuk pembinaan semula kawasan di sekeliling Haram atau kalau ada pun kami tak tau kat mana.
Selain tu, harganya pulak lebih mahal berbanding Madinah...tapi masih murah berbanding Jordan.. Kali pertama makan, sarapan pagi buta. sandwich 4 riyal..
Eishh...mahal la pulak.. (ala mahal satu riyal pun berbanding Madinah)
Kecik dan sikit pulak tu....tak kenyang...kalau Madinah, lebih kurang saiz, tapi banyak isi..
Rungut hati..sesekala terkeluar gak dari mulut mama abi..
Tapi dah kali ke3 makan...STOP JAP! fikir kejap....mana satu ni nak pilih:
A. nak teruskan merungut mahal2...tak puas hati...makan pun rasa tak kenyang je...kutuk ini lah itu lah...
atau
B. alah...merungut pun bukan boleh wat apa pun...lantak lah, beli jelah takyah kira2...makan sekadarnye..apa yang ade je..kenyang2 sangat kang tak larat nak beribadat pulak..
Bila fikir camni, seolah2 kita berjalan sambil bukak mata, nampak lah terang jalan kat depan tu.. kalau berfikir macam kali pertama (masa makan sandwich) seolah2 kita jalan tutup mata! Jadi bila dah bukak mata, nampak lah benda2 lain:
Apalah, masa kat Madinah dapat makan murah2 dan sedap2 beriya-riya ucap alhamdulillah...syukur...seronok.. tapi sekali kena 'test' sikit je kena makan mahal, dah merungut???! Alahai...lemahnyaaa makhluk ni (kita). Pelupa pun satu! Sekelip mata boleh bertukar dari orang yang berterima kasih (sopan) jadi orang yang merungut dan complain tak berterima kasih (sombong).
Allah berfirman di dalam surah As Sajadah, ayat 9, mafhumnya berbunyi:
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
gambar ketika di perhentian bas di Jeddah-lawatan
gambar bawah: Hanin syok makan candy yang bentuk cam tongkat/ stick. pemberian sorang makcik Arab. syukran! (hai..balik kena sental gigi Hanin betul2)
ketika di Jeddah, dari jauh lagi Hanin dah nampak tempat jual mainan ni sambil jerit: 'nakkk!! naak!!'... fenin...fenin..
BUAT KALI KEDUANYA (eh...cam familiar je..kih3..)
Cari-cari punya cari, jumpalah kedai makanan laut ni...tapi harga dia..mak aii mahal nye...huhu orang bayar...hehe alhamdulillah..
di luar restoran, Hanin bersama amu -tak ingat nama..antara amu yang ramah dan pandai layan Hanin..
Abdullah Bakhit ni sentiasa senyum kalau pandang kat orang..kuat senyum dia tu macam mak ayah dia..contoh anak meneladani setiap perbuatan mak bapaknya..Hanin dan amu Haitham yang selalu bergurau2 nak khitbah (nikah) Hanin, amu ni berebut nak khitbah Hanin dengan sorang lagi amu, amu Rani.
Ha, teringat pulak satu lawak. Amu Haitham pesan kat abi supaya ajar Hanin bahasa arab...mesti dia kata.. Abi pun tanya balik pada dia sambil melawak: 'sebab apa aku kena ajar dia bahasa arab? si amu ni pun jawap series dengan raut mukanya dah berubah kepelikan, dia jawap: 'sebab bahasa arab tu bahasa quran, senang dia nak faham'
Abi pun tanya lagi: 'fi isyi thani?' (ada sebab lain tak?) sambil sengeh2... orang laindalam bas semua dah gelak2, masing2 faham maksud abi...
'AAAAAAaa....' raut muka amu Haitham berubah balik, tersenyum lebar dan ketawa...baru faham...so dia jawap: terjemah terus ke bhs melayu: 'supaya senang untuk saling memahami antara satu sama lain...'
Si amu Rani pulak sekali berpesan kat mama:
" lazim tilbisiiha hijab..bahibbish akhtub wahdah mush muhajabah " - kau mesti pakaikan dia tudung nanti, sebab aku taknak kahwin dengan orang tak pakai tudung..
Amboi, bukan main lagi amu-amu ni. Hanin, kecik2 dah kena cop cop. besar jadi anak solehah okay!
hidangan nasi putih dan nasi coklat (berempah), fillet ikan goreng dan udang goreng..sos macam2 jenis: sambal arab, tahini (sesame paste) dan air asam versi arabian..hehe
(abi kata mama fikir dua kali sebelum letak gambar ni, sebab somot!! well..biasalah, makan sedap, pegang anak...tak fikir apa dah! by the way, masa ni mama cam maklong kan? tapi pipi mama kecik sikit dari maklong hehehe..)
lebarnyee senyum dapat makan free ye....
rehlah umrah- durus wa ibar 3
penulisan rehlah umrah 2 dan 3 benar tersangkut dek kesangkutan internet yang benar2 bersangkut paut dengan kelembapan khidmat broadband ini.. arghh..geram betul.
Alhamdulillah... murah harga tu sesungguhnya nikmat...sedap makanan tu apatah lagi lah nikmatnya..
seronok sangat mama dan abi makan sampai terlupa nak ambil gmbar. Hanin yang sejak dalam perjalanan tak mau sentuh sikit pun nasi bahkan macam allergic dengan nasi..terkena aje sebutir dua nasi kat bibir, dah tepis2 dan buang2. hanin hanya makan lauk..
di sebuah kedai fast food ketika belikan Hanin french fries untuk dia makan2 sambil jalan di salah satu comercial complex di Madinah berhampiran hotel. garang je muka pakcik ni..
pakcik ni lembut sikit muka dia..suka betul dia kat Hanin, sayang2 Hanin..
KISAH STROLLER
'nanti kat sana kita perlukan stroller sangat tau awah...' pesan cik Ina ketika mama melawatnya sebelum bertolak ke umrah..
alamak..stroller Hanin rosak ( ni kira makluman rasmi lah untuk pak Ngah abang mama hehe...).
Hanin ada 3 stroller, kesemuanya kerosakan..
yang pertama: hadiah dari kawan mama dan abi ketika Hanin masih baby. stroller tu dah sampai Jerash dah..
yang kedua: pemberian dari pakngah dan mak ngah..stroller yg asalnya dibeli untuk Maryam Hana tapi Hana tak mau duduk. jadi tak guna, bagi Hanin. banyak berkhidmat bawa Hanin ke sana sini, naik bukit turun bukit. akhirnya akibat terlampau lasak..isk isk..patah pulak.
yang ketiga: sebab dah desperate sangat nak guna stroller, mama abi beli yang second kat bundle balad..jd13..paling murah..pastu gedek gedek gedek..roda dia senget dan tertanggal..huhu..
'takpe, beli lah kat sana, murah kat sana..beli yang jenama2...MACLAREN ke..' kata cik Ina.
mama dalam hati tidak terdetik langsung dan tak berniat pun nak cari yang jenama sebab tau harganya bila contohnya di Jordan harganya menjangkau jd100 iaitu bersamaan rm500. woww. angka yang tidak dijeling pun oleh student macam mama abi apatah lagi nak berangan untuk memilikinya..
Di bangunan hotel Madinah Oberoi yang berada betul2 di depan pintu masuk masjid Nabawi 11A, terpampang papan tanda Mothercare. sepanjang 3 hari di Madinah, mama abi asyik berniat nak masuk ke Mothercare tapi tak jumpa2 pintu masuknya. Hanya pada hari terakhir sebelum solat Zohor, kami tanya orang2 di sekitar hotel tu mana Mothercare tu, barulah ada orang tunjuk. rupanya pintu masuknya under construction sebab tulah tak nampak.
Kebetulan pula masa tu ada offer lumayan kat situ, dan offer tu hanya selama 3 hari dan hari ini hari terakhir. ada beberapa jenis stroller. seperti biasa, mama abi akan meluru kepada yang paling murah lah. MACLAREN volo. harganya 275 riyal saudi iaitu bersamaan 250 hengget Msia. kalau kat Jordan nilai sebanyak tu hanya boleh dapat yg biasa takde jenama. diskaunnya separuh dari harga asal.
'mahal gak lah kan...' mama
'okay kot, boleh pakai untuk anak2 yang lain..tahan skit kot insyAllah...' abi
Angkut...
Alhamdulillah.
Tak tersangka kan Hanin, kita boleh dapat benda yang kita tak pernah terfikir pun yang kita boleh dapat, sebabnya Allah boleh beri apa2 saja pada sesiapa saja tanpa had dan batas.

Al Baqarah: 212