Saturday, July 4, 2009

rehlah umrah- durus wa ibar 4

Bismillahi rahmani rahim

catatan yang ni di Makkah pulak.

tapi, sebelum sampai Makkah, kita masih di Madinah..hehe beberapa lawatan dibuat sebelum bertolak ke Makkah untuk memulakan ibadah umrah.

Jabal Uhud, masjid Quba, masjid Qiblatain dan kilang Quran (sekadar lalu dan tengok dari luar).

di jabal Uhud, ramai amu-amu yang sayang dan suka pada Hanin..amu ni selalu pasangkan lagu toyor jannah kat Hanin dalam bas..


makcik yang jual kurma kat tepi2 tu pun suka Hanin..Hanin pun sporting je tak takut2 dengan makcik ni...


di salah sebuah kedai abaya...belikan abaya Fullah untuk Hanin tapi saiz paling kecik pun masih besar untuk Hanin pakai sekarang..



di kedai jubah lelaki pulak, abi membeli untuk beberapa kawan yang kirim..


Jadi bermulalah perjalanan kita ke Makkah. seperti biasalah keletihan travel dalam bas..Hanin pada sebelah malam perjalanannya merengek kerana tak selesa tidur di atas pangkuan dan lengan mama abi.. sabarlah..nanti dapat katil..hehe..


Sampai di hotel Al Habiba, mama abi bersihkan diri dan bersiap2 untuk terus buat umrah. Hanin masih nyenyak tidur. Sampai di Masjidil Haram, abi memberi beberapa taklimat untuk mama, kemudian mama pergi tawaf sementara abi pegang Hanin yang tidur. tawaf mama selama 25 minit. kemudian abi pula tawaf.


Selepas tu Saie di bukit Safa dan Marwah pula.. Hanin pun tidur lagi..Hanin bangun ketika pusingan yang ke 5.


abi dan Hanin, mama dan Hanin di sahah (legaran) masjidil Haram berhampiran pintu masuk King Abdullah Aziz 1, pintu paling hampir dengan hotel yg kami diami.


bila baru jumpa tempat solat yang ada aircond ni..sebelum ni kami hanya solat di ruang berkipas..panas lah sikit. bila dapat yang aircond....haa tu yang berguling2 tu...hehe




Hanin dengan bekal makanannya - tektik mama untuk menyenyapkan Hanin..



Selesai saie, solat subuh berjemaah dan Hanin menangis2 secara penuh sebak, sayu, syahdu dan sedih kerana terlampau letih. berjejes2 air mata Hanin, sambil menangis sambil menguap, terhenti sekejap menangis pastu sambung balik.. kesian




PEMANDANGAN yang MENGHIMPIT PERASAAN

Selesai subuh, semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, di tepi2 jalan betul2 di depan masjid ada budak perempuan berkulit gelap meminta sedekah di tepi jalan tu.berusia dalam lingkungan 8-12 tahun kalau tak silap mama. mula2 jalan, depan sekali budak ni gulung lengan baju dia, menampakkan tangannya yang kudung yang real bukan tipu2 punya, yang dah takde tangan sampai paras siku pastu ade lagi skit daging baru tumbuh...kecil je daging tu. tadah tangan yang lagi satu..sambil bercakap2 bahasa yang mama tak dapat tangkap..


Ya Allah...kesian..

Pastu jalan lagi ke depan...ada lagi sorang budak yang sama...kali ni tangan kiri plak..


Pastu jalan lagi ke depan..jarak antara setiap seorang budak tu dalam 10 langkah aje..ade lagi sorang budak yang sama tangannya!

Dan ada lagi kat depan tu! seingat mama ada 4 ke 5 orang budak yang sama tangan diorang...ini bukan illusi mata di pagi buta selepas solat subuh..ini real punya..

Fikiran dan hati mama betul2 terusik dengan apa yang mama lihat..betul terusik hingga terbawak2 ke tidur dan sampai ke tengah harinya.


Macam2 yang mama fikirkan, antaranya membuatkan mama teringat pada filem Slumdog Millionaire yang memenangi 8 anugerah Academy Award 2009. dalam filem tu Maman seorang gangster yang kononnya mentadbir rumah anak yatim, mengutip anak2 di tepi jalan yang kehilangan ibu bapa dan tempat berteduh dan melatih mereka menjadi peminta sedekah. Maman bahkan membutakan mata salah seorang budak yang kononnya dibelanya dengan tujuan untuk menambahkan rasa simpati orang terhadap budak itu sekaligus meningkatkan hasil kutipan sedekah.


Mungkinkah perkara ini berlaku kepada budak2 perempuan yang mama nampak tadi? mungkin kah budak2 ni pelarian dari mana2 negara? Sudan? Somalia? yang tidak mendapat hak pembelaan...atau kalau pelarian, mungkin pelarian yang tidak diiktiraf oleh negara tersebut





TURU 'AMIIQ


Sampai di hotel, setelah siap sedia untuk tidur, Hanin pun sudah tak tertahan lagi mengantuknya...terus menertus menangis. bila mama baringkan Hanin dan susukan, seperti biasa mama akan berpesan "tadah tangan baca doa!"

Hanin pun tadah tangan...

'allahumma bismika ahya wa amuut..'

Baru nak sambung baca al fatihah...aik?? Hanin dah terlelap dengan tangan yang sedang menadah untuk doa tadi pun masih dalam keadaannya tapi dah terlangkup kat muka Hanin...
kihkihkih...tergelak mama dan abi...mengantuk sangat..huhuhu kesiann..

Kami pun tidur ke hampir waktu zohor...nyenyakk....


MAKAN di MAKKAH

Lain pulak situasinya di Makkah berbanding Madinah. Makanan Asia tak dapat berhampiran dengan hotel, atau boleh jadi takde sebab katanya dah dirobohkan untuk pembinaan semula kawasan di sekeliling Haram atau kalau ada pun kami tak tau kat mana.

Selain tu, harganya pulak lebih mahal berbanding Madinah...tapi masih murah berbanding Jordan.. Kali pertama makan, sarapan pagi buta. sandwich 4 riyal..

Eishh...mahal la pulak.. (ala mahal satu riyal pun berbanding Madinah)

Kecik dan sikit pulak tu....tak kenyang...kalau Madinah, lebih kurang saiz, tapi banyak isi..

Rungut hati..sesekala terkeluar gak dari mulut mama abi..
Tapi dah kali ke3 makan...STOP JAP! fikir kejap....mana satu ni nak pilih:

A. nak teruskan merungut mahal2...tak puas hati...makan pun rasa tak kenyang je...kutuk ini lah itu lah...

atau

B. alah...merungut pun bukan boleh wat apa pun...lantak lah, beli jelah takyah kira2...makan sekadarnye..apa yang ade je..kenyang2 sangat kang tak larat nak beribadat pulak..

Bila fikir camni, seolah2 kita berjalan sambil bukak mata, nampak lah terang jalan kat depan tu.. kalau berfikir macam kali pertama (masa makan sandwich) seolah2 kita jalan tutup mata! Jadi bila dah bukak mata, nampak lah benda2 lain:

Apalah, masa kat Madinah dapat makan murah2 dan sedap2 beriya-riya ucap alhamdulillah...syukur...seronok.. tapi sekali kena 'test' sikit je kena makan mahal, dah merungut???! Alahai...lemahnyaaa makhluk ni (kita). Pelupa pun satu! Sekelip mata boleh bertukar dari orang yang berterima kasih (sopan) jadi orang yang merungut dan complain tak berterima kasih (sombong).

Allah berfirman di dalam surah As Sajadah, ayat 9, mafhumnya berbunyi:


Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


kemahiran baru yang Hanin explore ketika dalam bas...


gambar ketika di perhentian bas di Jeddah-lawatan



gmbar atas: Hanin dipangku amu Imran-amu kesukaan Hanin, bertambah lah suka Hanin kat amu tu bila amu tu layan dan manjakan Hanin, dan di sebelahnya amu Fadi- amu yang paling Hanin tak boleh ngam dengan dia..hehe

gambar bawah: Hanin syok makan candy yang bentuk cam tongkat/ stick. pemberian sorang makcik Arab. syukran! (hai..balik kena sental gigi Hanin betul2)



ketika di Jeddah, dari jauh lagi Hanin dah nampak tempat jual mainan ni sambil jerit: 'nakkk!! naak!!'... fenin...fenin..


pakcik Arab ni pembeli, dia yang mesra layan Hanin, yang pakcik si penjual pulak, masam pulak mukanya, tak layan Hanin...hehe


salah sebuah shopping complex di Jeddah yang sunyi sepi


BUAT KALI KEDUANYA (eh...cam familiar je..kih3..)
Jam'iyyah khairiyyah (badan kebajikan) menyumbang satu kali lagi makan free untuk jemaah umrah kami ni.. kali ni makan makanan laut di Jeddah yang memang terkenal dengan hasil tangkapan laut..

Cari-cari punya cari, jumpalah kedai makanan laut ni...tapi harga dia..mak aii mahal nye...huhu orang bayar...hehe alhamdulillah..


di luar restoran, Hanin bersama amu -tak ingat nama..antara amu yang ramah dan pandai layan Hanin..


Abdullah Bakhit ni sentiasa senyum kalau pandang kat orang..kuat senyum dia tu macam mak ayah dia..contoh anak meneladani setiap perbuatan mak bapaknya..


Hanin dan amu Haitham yang selalu bergurau2 nak khitbah (nikah) Hanin, amu ni berebut nak khitbah Hanin dengan sorang lagi amu, amu Rani.


Ha, teringat pulak satu lawak. Amu Haitham pesan kat abi supaya ajar Hanin bahasa arab...mesti dia kata.. Abi pun tanya balik pada dia sambil melawak: 'sebab apa aku kena ajar dia bahasa arab? si amu ni pun jawap series dengan raut mukanya dah berubah kepelikan, dia jawap: 'sebab bahasa arab tu bahasa quran, senang dia nak faham'


Abi pun tanya lagi: 'fi isyi thani?' (ada sebab lain tak?) sambil sengeh2... orang laindalam bas semua dah gelak2, masing2 faham maksud abi...


'AAAAAAaa....' raut muka amu Haitham berubah balik, tersenyum lebar dan ketawa...baru faham...so dia jawap: terjemah terus ke bhs melayu: 'supaya senang untuk saling memahami antara satu sama lain...'


Si amu Rani pulak sekali berpesan kat mama:


" lazim tilbisiiha hijab..bahibbish akhtub wahdah mush muhajabah " - kau mesti pakaikan dia tudung nanti, sebab aku taknak kahwin dengan orang tak pakai tudung..


Amboi, bukan main lagi amu-amu ni. Hanin, kecik2 dah kena cop cop. besar jadi anak solehah okay!

hidangan nasi putih dan nasi coklat (berempah), fillet ikan goreng dan udang goreng..sos macam2 jenis: sambal arab, tahini (sesame paste) dan air asam versi arabian..hehe
(abi kata mama fikir dua kali sebelum letak gambar ni, sebab somot!! well..biasalah, makan sedap, pegang anak...tak fikir apa dah! by the way, masa ni mama cam maklong kan? tapi pipi mama kecik sikit dari maklong hehehe..)


lebarnyee senyum dapat makan free ye....

1 comment:

ummu umar said...

heh,sempat tu sebut pipi maklong!