Tuesday, May 11, 2010

sayu pula...

Bismillah...

Harini dah masuk hari ke-3, Kak Ina serta keluarga pulang ke tanah air Malaysia. Tengok balik gambar-gambar, rasa sayu pula terkenangkan kenangan-kenangan kami semua bersama.

Mengimbas kembali, waktu-waktu awal perkenalan kami dengan mereka sekeluarga.. Masa tu, aku masih 'berdua' lagi dengan suami, baru 3 atau 4 bulan kahwin. Kehadiran kak Ina sefamily ke Jordan masa tu memberikan kami satu 'harapan' cerah...sebab dapat selalu 'konon-konon' practice nak jadi parents. maka selalu lah kami datang rumah kak ina, main dengan anak2, selalu jugaklah kami minta izin angkut anak2 mereka keluar jalan-jalan..

masa tu, Syahirah, kecik lagi, umur 5 tahun atau 6 tak silap. Sofiyyah pula masa tu baby! 6 bulan..merangkak... Ahmad pun sweet little boy..

ahad lepas, masa widak mereka semua, aku tenung sorang-sorang anak kak Ina, betapa banyaknya perubahan kat anak-anak tu...Syahirah dah tinggi, Ahmad macam dah anak bujang teruna, Sofiyyah pula hampir sama besar dengan Syahirah masa baru datang dulu, dan Munsief pula (lahir di Jordan) besar sikit dari Sofiyyah masa dia baru datang dulu..hehe. Terharu pula melihatkan perubahan dan pembesaran anak2 ini hasil penat lelah ummi dan abinya membesarkan.

Aku dan kak Ina pula dah saling menganggap diri masing-masing kakak dan adik sesama sendiri. kak Ina banyak menasihati aku, berkongsi pengalaman denganku, membantu aku sekeluarga terutama setelah dapat Hanin.

Subhanallah, Allah yang maha suci, segala pujian ke atas Nya.. Allah memberi aku satu peluang untuk menambah utuh dan menguatkan tautan ukhuwwah fillah antara aku dan kak Ina apabila kami dapat pergi menunaikan Haji 1430 bersama-sama.

Subhanallah, perasaan yang aku alami terhadap kak Ina sejak pulang dari Haji bersama tempoh hari, sehingga kini aku tak dapat nak jelaskan.. perasaannya lain, bukan seronok dan tambah rapat sebab dapat travel sama-sama, tapi lain, lain dari yang lain. aku berasa sayang, kasih pada kak Ina yang aku sendiri tak dapat nyatakan sebab-sebabnya. kadang-kadang boleh jadi perkara ni berlaku sebab seseorang tu telah melakukan satu perkara yang besar terhadap kita, tapi in this case, tidak.

Maka akhirnya aku pun berbalik sahajlah pada; subhanallah... Atas persamaan dasar aqidah iaitu syahadah lailaha illa Allah, benarlah ukhuwwah aqidah islamiyyah itu lebih agung dan kukuh dari ukhuwwah silaturrahim..

Perkara yang sama aku alami terhadap kakaku, Anfal yang turut sama tunai haji 1430. kira double kot? ukhuwwah aqidah dan ukhuwwah silaturrahim!

Alhamdulillah.... moga Allah teguhkan dan tetapkan hati ini dalam mencintai saudara-saudara ku, dan aku mohon Allah teruskan istiqamah ini sehingga aku dapat mengecapi cinta Allah dan Rasul-Nya melampaui cintai yang lain!! Amin!

Kini aku dapat sikit sebanyak hayati hadis sekaligus menyedarkan diriku di manakah tahap diriku ini dalam merealisasikan hadith ni.
(لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه (متفق عليه
'tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri'

lantas terfikir, adakah aku turut gembira dan suka apabila saudaraku mendapat untung lebih dan kegembiraan bahkan aku mendoa-doakan lagi agar untungnya dilipat2 gandakan lagi, sedang aku tak punya keuntungan itu.....sedang aku juga asalnya akan pasti turut gembira bila mendapat sesuatu yang baik.

lantas, aku tertunduk, malu, sedar, dan terhantuk bila teringatkan hadith yang ini pula:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين
[أخرجه البخاري[32] ومسلم[33

Aduhhh... bila aku kata, aku nak dakwah dan tegakkan Islam, menyambung perjuangan Muhammad alaihi salaam, tapi dalam masa yang sama, aku mengeluh penat, letih dan sakit, berkira-kira untuk kesuntukan masa sedikit (untuk menyumbang ke jalan dakwah pun), berkira-kira untuk menempuh jalan yang bakal melukakan diri.... sedang aku kata aku mencintai Muhammad alaihi salam lebih dari diriku??! sedangkan Muhammad s.a.w itu berdarah, cedera, terbelah pipi, patah gigi, tembus gusi menyebarkan risalah Ad Deen!!

Allahh...

Sedarlah aku, selagi aku tak melepasi hadith pertama, masakan aku dapat menyentuh hadith kedua!

Saturday, January 16, 2010

Pagi-pagi

Bismillah

lama tak menulis. mujur ada peristiwa yang ringkas dan menarik baru sekejap tadi berlaku buat mama rasa nak menulis.

sekarang pukul 8 pagi di Amman, Jordan.
30 minit yang lalu:

hanin bangun dari tidur sambil mata masih terkebil2 susah nak bukak (masih mengantuk lagi), berkata:

'bizzz'

ok, itu mama faham dah..pagi2 bangun terus mintak khubz (roti) mujur ada roti dekat dgn katil, mama pun belum boleh bukak mata betul2...huhu
hanin berkata lagi sambil menunding jari ke arah pintu:

'puuu'

mama pun dengan confidentnya tutup lampu tidur yang betul2 sebelah pintu...rasanya betul dah, bunyi 'pu' macam lampu, dekat dgn tempat die tunjuk pulak ada lampu.

hanin menangis...menangis sesedih-sedihnya... 'PUUUUU'

ok2, mama pasang lampu kalimantang yang besar pulak.

tidak mamaaaaa!!!! ( mungkin hanin akan cakap ni kalau dia dah fasih haha)

hanin nangis, kali ni perasaannya bertambah kecewa...

'PUUUUUU'

hanin pun turun katil sendiri, sambil nangis berjalan ke dapur sambil menyebut 'puu'....'puuuu'.

berhenti kat tengah2 dapur, tergamam, terus nangisssss...kecewa betul nampaknya.

tiba2 ilham datang kat mama,

'YA ALLAHHHH......SAPU KE???!'

mama pun berlari kepada jem roti yang ada di meja ruang tamu...
istilah penggunaan jem roti kan: SAPU.

alkisah, perjuangan seorang anak memahamkan ibunya....
kesian kan kalau kita bayangkan situasi ni berlaku pada diri kita, kita sakit kita lapar tapi orang tak faham apa yang kita nak, kadang2 orang paksa kita senyap jangan buat bunyi2 (bahasa kita tu sebenarnya) atau alihkan demand kita kepada benda lain.

maka, kita yang sakit terus menahan sakit,
kita yang lapar, terus menahan lapar.
kita yang lapar, diberi main anak patung,
kita yang sakit, diberi pukulan tambah sakit....

lailahaillaLLAH anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin