Wednesday, November 11, 2009

first time

bismillah

malam ni, buat kali pertamanya mama dan hanin berpisahh!!! tak tidur sama2..... ^_^

tetah telah mencadangkan suaya hanin tidur semalaman atau dua bersamanya supaya hanin dapat lupakan susu badan (supaya hanin tak shock minggu depan nak berpisah dengan mama lama) dan untuk tengok macam mana hanin masa malam2.

jika ada ape2 masalah, boleh la tetah rujuk ada mama sementara mama masih ada di sini (jordan) sebelum pergi saudi.





mama, walaupun dah biasa berpisah dengan hanin di siang hari tiap2 hari ketika urusan belajar....terasa lain pulak malam ni, sunyi hanin takde.. abi pulak takde sekarang, study group di rumah a'zaab... (ohh tambah sunyi...)



sebelum hantar hanin ke rumah tetah tadi, mama abi bawak hanin 'shopping'! ala, kedai runcit depan umah tetah aje! masuk kedai, abi turunkan hanin, hanin pun jadi tak sure nak pilih yang mana... kiri kanan atas bawah peennnuhh dengan makanan ringan!

hasilnya, hanin dapat seplastik kecil penuh...keluar kedai berot2 mulut tahan senyum bila mama abi usik2: " waaahhh! banyaknyaaaa jajan ni!!"

saja, sekadar nak raikan dia, dan kot2 boleh jadi ubat hati kalau rundu bila teringat balik saat 'indah' diberi kebebasan memilih barang sendiri..

ok hanin, mama nak study. miss u!!

(tidur la nyenyak2 mlm ni ye, jgn cari tek!)




mmmuahh! rindu dah nak kiss!

Thursday, November 5, 2009

Hanin dan gayanya..

Bismillahir rahmanir rahim

Dah agak lama rasanya tak menulis ni, pasti Hanin (dan adik2...insyAllah ;) ) tertanya2..apalah yang sibuk sangat mama ni sampai takde cerita ape2 pun.

Pertama sekali insyAllah, jika urusan visa semua selesai, mama dan abi akan mengerjakan fardhu haji, urusan2 yang lain semua dah selesai dan sedang diselesaikan hanya tunggu visa lepas dari Saudi.. kalau dapat...alhamdulillah.. kalau tak dapat pun alhamdulillah.

insyAllah, hanin akan tinggal bersama 'tetah' @ nenek @ Ummu Haitham @ namanya Rahmah sepanjang ketiadaan mama abi nanti. Berjuang ye sayang! mama dan abi pun berjuang jugak kat sana nanti.
yang Hanin akan tinggal nnt, mama abi dah jelaskan berkali2 kat Hanin yg nnt Hanin kena tinggal..

bila mama cakap: 'nnt Hanin tinggal dgn tetah, mama abi pegi Mekkah, buat haji, 2 minggu, ok?'

hanin pun jawap: 'aaa....k..'

sesekala mama tunjukkan gmbar semasa kita gi umrah baru2 ni,

mama pun cakap kat Hanin: 'ha nnt mama abi pegi sini lah, ni Kaabah, hanin pun penah pegi kan? ingat tak?"

hanin pun jawap: "ngat.." sambil angguk kepala

mama tanya lagi utk kepastian: 'betul ke ni ingat?"

hanin jawap: " aaa..tul..ngat.." sambil angguk kepala

hehe..ha itulah sedikit drpd byk2 perkataan yg Hanin dah boleh sebut sekarang ni.

Umm Haitham yg semasa nak pergi umrah haritu pun telah meng'offer' utk jagakan hanin kalau taknak bawak hanin, nampak sangat yakin utk jaga hanin utk haji kali ni. mungkin kerana dia dah kenal dengan perangai hanin yang katanya hanin ni bagus tak meragam.
memang berkali2 bagitau mama hanin bagus, bagus, bagus.

'hanin, masya Allah.. ma bitghallibni bil marrah' (tak menyusahkan dia)

sampai dah banyak kali dia cakap, mama pun tanya 'betul ke ni? ke memuja je ni?'.. sumpah dia jawap betul ape yg dia cakap..hehe.. mama percaya, Hanin anak solehah kan.. moga kekal soleh smpai ke syurga aamin..

Cemburu pulak mama sebab Hanin dapat duduk dgn keluarga arab dan mendapat sedikit sebanyak kesan2 budaya arab dari segi pemakanan yang sehat2, bahasa, adab, akhlak dan lain2.. hehe harap hanin ingat ah sampai ke besar..

Especially Aidil Adha nnt, hanin akan ikut sama2 ummu Haitham sekeluarga meraikan aidh secara budaya arab, ziarah menziarahi sanak saudara.

Moga Allah lindungi Hanin dan himpunkan hanin bersama golongan orang baik2 dan soleh2.. aamin..

rasanya entry kali ni banyak pasal hanin dan keluarga arabnya...

mama nak muatkan antara aktiviti2 hanin yang gayanya ditiru sebijik sebulat gaya tetah, iaitu babysitting!





minum susu dulu, hanin cakap: 'allib allib' (halib)
'titu! titu!' (tisu) hanin menjerit. (sama mcm tetah yg panic bila susu tumpah) tgk gaya dia duduk tu! sama lah mcm tetah... ;))


smpaikan kat bangku pun duduk silang kaki....

sekian dulu!