Sunday, December 21, 2008

Hanin genap umur setahun..hadiah untuk mama abi..

Alhamdulillah Hanin dah mengecapi usia setahun, setahun yang dilalui dengan bermacam2 suka duka, cabaran, aktiviti dan pengalaman.. kepanjangan tempoh yang diisi dengan ketiadaan sebarang entry (walaupun telah diberi galakan, sokongan, sindiran dan bermacam2) tidak lah bermakna mama dan abi tiada satu pun pahatan memori melihat Hanin membesar, membijak, memanja, menggeramkan dan macam2 lagi...

Alhamdulillah...nikmat yang tak dapat diungkapkan dengan kata2 atas pemberian yang istimewa dari Allah ni...memiliki anugerah pinjaman Allah yang unik kriterianya, mengusik hati tertawa melihat telatah makhluk kecil ini...mengenang kembali dari detik awal kewujudannya mulai dari tidak bernyawa kemudian ditiupkan roh menjadi jasad yang bernyawa, saat itu tak dapat membayangkan bgaimana agaknya paras rupanya makhluk ni yang aktif bergerak dalam kantung berisi air tu (dlm perut lah)..perasaan tu semuanya indah...
Alhamdulillah...saat2 lepas kelahiran, bila dibelek2 jari jemari yang sempurna tercipta, kulit yg halus, wajah yg bersih, subhanallah...maha agung tuhan yang menciptakannya..tak perlu ungkap panjang..pasti takkan cukup..


Alhamdulillah...hari demi hari meniti tumbesarannya, menggemburkan kasih dan cinta ibu ayahnya, tabiatnya yg unik dan luar biasa tapi asli dan tulen bukan pura-puraan memjatuhkan, jatuh dan jatuh cinta lagi terhadapnya. dari mula perkataan yg boleh disebut adalah mama, kemudian pandai menari ikut rentak lagu, kmdian pndai berdiri, mula tumbuh gigi, cuba nak mkn ikut cara org besar, spontaneuosly imitate apa yg mama n abi sebut, kini dah tahu rasa merajuk n kecewa, minta dimanjakan mcm bila jatuh nak diusap dan dipujuk dan paling indah sekali, memberi ciuman manja (yg lama, pnjang dan ada bunyi) pada abi setiap kali bgn tido! tmbah unik lg, kiss pagi tu hny ketika abi masih tido, klu abi dah bgn, disuruh kiss berkali2 pun takkan mahu dia cium!

Alhamdulillah...kian setahun memegang pinjaman Allah ini, kian mengerti erti kekhalifahan di muka bumi ini, kian tampak jelas amanah yang ditaklifkan oleh tuan pemilik jasad dan roh ini, kian merasai besarnya amanah yang dipikul tengkuk ini, terus menambahkan rasa takut kot2 terabai tak terlaksana terlupa terleka terbuat main2 kerja ini, kerja membentuk produk agama ini menjadi yg berkualiti, klu lah peringatan ini ibarat tulisan di atas kertas, ingin sekaaaliii ku pahat dengan paku di dahi ni agar tak lari mata dari membacanya..kian mematangkan usia dua insan tercintanya ini...dan inilah, seperenggan ungkapan inilah hadiah istimewa buat mama dan abi Hanin...
Alhamdulillah...belum lengkap ucapan tadi, nikmat masih terlampau byk nk disyukuri...syukur dapat merasai beban dan dapat memikul amanah berat ini agar kami dengan izin Allah tidak termasuk dalam golongan yang kufur dan tak bersyukur atas pengorbanan kedua ibu dan ayah kami yang juga merasai beban memikul amanah ini membesarkan kami...syukur dapat memilikimu Hanin agar kami dapat berterima kasih kepada orang tua kami..melalui kini pengalaman yang mereka dahulu lalui.. Alhamdulillah...

(alhamdulillah, setiap kali Hanin bertambah setahun usianya, setiap kali sehari selepas itu aku sedar hutang budi dan jasaku terhadap ibu ku, Aliza Jaffar..Hanin's birthday 17 december 2007, opah's birthday 18 december 1958)


Alhamdulillah.
in ta'uddu ni'matallahi la tuhsuuhaa...

5 comments:

Uwais Amzar's Family said...

anak..permata ayah bonda..harapan keluarga...mg dia menjadi sebutir mutiara yg bersinar menyinari seluruh kehidupan kerana budi dan jasanya kerana Allah... slm kasih sayang dr ummi, abi dan uwais amzar... maafkn ummi jika sepanjang ummi mengasuhmu ada terkasar, termarah,terlalai, terabai...ummi tetap sygkn hanin...mmmuuaahhhh!!!

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

time kasih umi abi uwais..
time kasih gak sudi asuh hanin, kesudian tu je dah cukup besar tak terbalas..

Ilyana Ar Razi said...

salam sayang untuk hanin.

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

tq cik yana... nnti kita jmpa, hanin dh blh berlari..;)

biscuck said...

wahh..hanin da besaa..hehe..lamee dah x jmp..:D