Sunday, June 28, 2009

rehlah umrah- durus wa 'ibar 2



Bismillah




sambung rekod perjalanan rehlah umrah...




Hanin tidur dan terjaga dan tidur dan terjaga angkara injection yang amat menyakitkan kakinya itu...macam mana rasa sakit tu pun mama dan abi tak tau..tapi tadi bila Hanin bangun mama sempat pesan pada Hanin: 'hanin, tahan sikit sakit tu! kuat! lawan sakit tu! abi selalu kata jangan dilayan sakit tu..ok?!' tak tahu nak cakap apa lagi sebab nampaknya sakit dia macam kuat sangat..kalau cakap manja2 karang, lagi lembik pulak jadinya...hehe.




Haa..sebelum Hanin tidur tadi masa mama dok tuam2 kaki Hanin kat tempat yang kena inject tu, Hanin mengeluh2 sakit dengan bunyi 'eyyah...eyyahh..' dan 'uuh..uuhh..'. Jadi mama pun ajar lah pada Hanin untuk sebut Allah Allah kalau sakit dan sebut Yaa Rabb..dan Hanin berjaya sebut! Tahniah anakku! 'awwaaa...awwwaa...' Hanin sebut. yang Ya Rabb belum fasih sikit2 je bunyi ade.




okay sambung cerita umrah..




Di Madinah, 12 jun 2009 Jumaat. malam ni mama dapat masuk ke Raudhah dan ziarah makam Nabi alaihi solatu wa salam dan Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Farouq. Mama bersama Hanin dan satu beg galas penuh dan satu plastik di tangan mama sama2 berjuang untuk ziarah Nabi. ceritanya, untuk masuk ke dalam tu bukan mudah! ini adalah percubaan kedua untuk masuk.




Kali pertama: selepas solat Jumaat, seperti biasa mama dan Hanin akan duduk2 lagi di masjid, membaca Quran dan solat sunat= bagi mama, dan berjalan, melihat dan menterjemah =bagi Hanin. lepas beberapa minit duduk, abi hantar sms beritahu yang makam nabi Muhammad sallallahu alaihi wa salam dibuka untuk lawatan muslimat. mama segera pergi, tapi bila sampai pengawal muslimah tu kata dah tutup, dia kata malam ni lepas isya ada lagi.




Dan kali ni, mama tunggu siap2 di tempat yang sama tengah hari tadi. tunggu punya tunggu, ada orang kata lawatan dibuka di pintu lagi satu. ramai jugak yang bergegas2 lari. mama cepat2 angkut Hanin yang sudah leka dengan kembaranya tu, beg dan plastik. sampai di tempatnya orang dah ramai beratur. mama beratur di tempat yang memang disediakan untuk beratur. dah terletak palang2 di tepi2. ramai pulak orang berkerusi roda beratur sekali. Jam pada waktu itu, 9.30.




Tiba-tiba, sekumpulan akhawat yang duduk berlari-lari masuk ke satu gate. yang mana mama tak perasan langsung ada group manusia seramai tu sedang duduk, semuanya duduk untuk masuk ke dalam! Terkeluh jugak melihat mereka dapat masuk, sedangkan mama, Hanin dan barang2 yang banyak itu beratur sambil berdiri dan tempat beratur tu sangat sempit. sesekala kaki dilanggar kerusi roda secara tidak sengaja.




Dipendekkan, akhirnya dapat masuk betul2 ke kawasan raudhah (belum Raudhah lagi) pukul 10.30 setelah menunggu giliran masuk buat kali kedua juga. mujur kali ke2 tu, tunggu sambil duduk sambil mendengar tazkirah dan nasihat dari pegawai muslimah kepada group menunggu kita. mendengar di celah2 riuh dan hiruk piruk muslimat yang berlari2 dan berebut2 masuk.




Grouping ni diatur uruskan oleh pegawai muslimah masjid juga...kiranya kalau grouping ni legal lah...insyAllah pasti dapat masuk. kalau yang sendiri curi2 dan selit2 celah orang, dan tolak2...illegal..hihi




Fasa terakhir, iaitu fasa ke3, barulah kita dapat masuk betul2 ke Raudhah tapi dalam keadaan sardin yang 'packaging'nye semaksimum mungkin! Betul2 di sebelah kanan makam, mama terpaksa menunggu lagi kerana keadaan sesak yang amat, menjadikannya fasa 3.1. Pegawai muslimah yang bertutup litup serba hitam itu sempat menoleh pada mama dan bercakap:


'ya haraam..indik tiflah kaman..leish ma tudkhuli min bab tawari3??!'




Kemudian baru dapat masuk ke dalam lagi. Mama yang ketika itu memikul 3 makhluk: Hanin yang sedang tidur, beg galas dan plastik dah tak terdaya untuk berdiri di celah2 orang ramai yang makin mendesak2 dan menolak2. mama gagahkan mencelah untuk mencari tempat duduk yang mungkin ada di satu ceruk. Itu pun setelah ukhti Indonesia yang bertugas di dalam masjid menyuruh mama duduk.


Mujur ada satu spot yang sangat kecik yang saiznya besar sikit je dari saiz Hanin. Mama pun menyelit2 dan mencelah, makcik Iran yang di sebelah tempat kosong tu pun mengesot2 untuk memberi ruang lebih supaya mama dan barang2 dapat menapak duduk di situ.

Lega...


Mama pun merenung sambil berselawat. sambil melihat pada ketiga-tiga makam itu. setelah agak lama, makcik Iran tu berkata-kata pada mama dalam bahasanya dan membuat isyarat :

'solaat...solaat..' sambil membuat isyarat halau2 gitu kemudian menunjuk kepada Hanin memahamkan yang dia boleh tolong pegangkan Hanin.


Mama pun tersenyum lebar dan tanya pada dia: 'mafi musykila?? ok? ok?' dia pun membuat isyarat thumb up. Perlahan2 mama pass Hanin pada dia sambil kami berdua2 menyebut bismillah bismillah...


Segera mama ke depan dan solat di Raudhah di antara celah2 kaki orang!


Keluar dari masjid jam menunjukkan 11.30 malam. prosesnya memakan hampir 2 jam!


Apa apa pun syukur dapat jugak bersolat di situ walaupun dalam keadaan yang amat payah dan perit huhu...



gambar oleh abi: muslimin yg solat di Raudhah

makam



abi bersama pakcik di Raudhah

No comments: