Sunday, June 28, 2009

Rehlah Umrah - durus wa 'ibar

Bismillahi Ar-rahmani Ar-rahimi.

Alhamdulillahi rabbil 'aalamin.
in syakartum la aziidannakum...

Salam Hanin,


Alhamdulillah kita telah pun selamat balik dari menunaikan ibadah umrah (bagi mama dan abi) dan ziarah Al- Haramain minggu lepas. Bertolak dari Jordan 10 Jun 2009 dan pulang kembali pada 21 Jun 2009. 3 hari dan 2 malam di Madinah dan selebihnya di Makkah Al Mukarramah.


Pada hari kita bertolak, iaitu pada tengahari Rabu 10 jun, selepas beberapa ketika menunggu jemaah yang lain tiba, Hanin telah demam panas. Mama mula runsing kerana bekalan ubat tidak mama sediakan bersama. Demam Hanin sekejap datang dan sekejap pergi. Mujur ada khidmat perubatan percuma disediakan di border Saudi, dapatlah Hanin ubat demam. Alhamdulillah sejurus selepas ambil ubat, Hanin sembuh.

Sedikit perkongsian menyertai rombongan umrah di bawah pengurusan Arab. Pengerusi (orang yang bercakap di microfon) membacakan doa musafir bersama2 dan azan dikumandangkan di dalam bas menandakan tanda masuk waktu solat, kemudian setiap seorang diberi fail yang berisi beberapa bahan maklumat bermanfaat seperti: ringkasan sirah perjalanan hidup Rasulullah alaihi as solatu wa as salaam, al ma'thurat dan panduan mengerjakan umrah. Pengerusi juga mengepalai bacaan al ma'thurat bersama2. Alhamdulillah terasa hidupnya biah islamiyah sepanjang perjalanan tambahan ketika driver bas mengantuk, dia meminta izin dari para jemaah untuk merokok, semua jemaah tidak menyuarakan persetujuan sebaliknya memberi sedikit cemil-cemilan (bahasa jawa) atau munchies kepada driver untuk menggantikan rokok. Alhamdulillah terlepas dari menggalakkan perkara yang tidak elok berlaku di kalangan kami.

Jam 3.30 pagi keesokan harinya kita sampai di perhentian di Tabuk, masih 8 jam perjalanan ke Madinah. Mama terdengar beberapa suara orang Arab yang merungut tentang kelembapan bas kita bergerak, ada yang kata kerana bas kita bermasalah, ada yang kata driver bas tak mahu memandu melebihi hadlaju 90km/jam... apa2 pun mama dan abi tidak merasakan begitu. Selepas selesai solat subuh secara tidak qasar dan tidak jamak (perlu ke tulis?hehe..) bas rosak! mujur ada bengkel bas di sebelah perhentian tu.

Semua ahli jemaah mengambil kesempatan yang ada untuk merehatkan diri, melonggarkan urat2 yang lenguh duduk di atas kerusi bas. Mama terus meluru masuk ke dalam surau dan baring sambil tidurkan Hanin. Hanin pun tidur nyenyak, maklumlah dalam bas pun Hanin dah merungut2 seolah2 tak selesa tidur atas pangkuan mama, Hanin mengeliat2 dan rengek2: 'nak tido atas katilll!!!'.

Akhirnya kita dapat bertolak hanya selepas 7 jam kita berbaring2 di dalam masjid. Masya Allah, alhamdulillah! positive side: dapat berehat lama, hilang lenguh2 badan, Hanin pun relax dan tak merengek. negative side: lambat sampai dan tertunggu2. untung pilih yang positive side!


cuaca yang panas menggalakkan Hanin minum air dengan banyak sekali, gambar di perhentian Tabuk.


brunch di kedai makan Pakistan...kegemaran kami sekeluarga, roti!


Hanin bersama pakcik Pakistani, tukang masak di kedai makannya.

Tiba di Madinah Al Munawarah, para jemaah telah dinasihatkan beberapa minit sebelum tiba untuk memperbanyakkan salawat ke atas Nabiyyuna alaihi solatu wa salam. Terasa degupan jantung kuat dan darah mengalir laju ketika roda bas betul2 berputar di atas Haram Nabi. Terasa juga sebak mengenangkan pengorbanan dan perjuangan baginda menyebarkan dakwah. Terasa juga sedih dan panas muka menahan air mata apabila teringat ketika Rasulullah alaihi solatu wa salam cedera dibaling tombak.
Sesampai sahaja di hotel, waktu solat maghrib hampir masuk. Kita bergegas2 meletakkan barang2 dan terus bersihkan diri dan berwudhuk untuk solat di Masjid An Nabawi buat kali pertama! seronoknya tak terhingga. Degupan jantung terasa kelainannya bila melihat Masjid Nabi dari tingkap hotel kita. Alhamdulillah jarak hotel dengan masjid tidak jauh, lebih kurang 80meter dari hotel.
p/s: untuk penghayatan yang lebih, gambar boleh lah dilihat dari bawah ke atas..huhu..bila upload gambar, yang last jadi kat atas pulak. nak betulkan balik...time consuming...hehe




di bukit Marwah, Hanin terjaga tidur ketika mama abi telah selesai Saie yang pusingan ke 5. Sepanjang Saie abi dukung Hanin yang nyenyak tidur dan keletihan. Ketika di kawasan yang disunatkan berlari anak-anak bagi lelaki, Hanin suka sangat dan tergelak2 sebab abi buat gaya kuda berlari. lepas dari lampu hijau tu, Hanin mintak abi lari jugak!


setelah jemaah selesai berihram, Abdullah pun berihram jugak! Hanin pakai baju putih je buat ikut yang sunat..boleh lah...

singgah solat sebelum meninggalkan Madinah untuk ke tempat berihram pulak.


bersama amu-amu hensem yang menyertai rehlah umrah bersama kita. yang dukung Hanin tu amu Imran, favourite Hanin. tapi masa ni Hanin kepanasan yang amat, semua orang dukung tak mau!

Hanin dan abi bersama Abu Abdullah dan Abdullah Bahit dari Ghana, kawan Hanin sepanjang rehlah.

di kawasan peperangan Uhud
pandai pulak Hanin senyum

makanan free sumbangan/ infaq dari badan kebajikan yang menjana dan menaja sebahagian kos rehlah group kami ni. alhamdulillah dapat jimat 2 kali makan. Hanin hanya makan ayam, roti dan yogurt. paling banyak yogurt. memang lidah arab betul! nasi skit pun taknak tersentuh bibir dia!


dulu masa atok datang sini, payung ni tak siap lagi tok...

payung yang unik rekaan dan fungsinya, kata abi, atok jalan kebun suka sangat tengok payung ni berfungsi. nanti boleh tunjuk gambar ni kat atok.

di kawasan legar depan masjid Nabawi

tenangnya...

syeikh al jawa...hehe



masjid An Nabawi dari tingkap hotel di siang hari..

tali yang terpaksa digunakan bila Hanin tak mau duduk diam sebelah mama. nak cerita, masa kali pertama solat di masjid, mama dan Hanin masuk masjid dah lambat, sampai2 aje Imam dah angkat takbir. cepat2 mama pun solat, angkat je takbir, Hanin bangun...dup dap dup dap jantung mama berdegup laju takut Hanin berjalan jauh, takut hilang. mama batalkan solat, dan pesan pada Hanin: 'hanin, dok sini jangan pegi mana2 tau!'. mama angkat takbir balik, Hanin bangun balik dan berjalan ke makmum ke2 sebelah mama. jantung mama berdegup lagi laju!! solat pun tak khusyuk! mama batalkan lagi solat! tarik Hanin dan pesan benda yang sama lagi sekali. angkat takbir, Hanin bangun lagi. kebetulan ada sorang budak Pakistan di saf depan duduk elok sebelah mak dia, dia cakap2 pada Hanin dalam bahasa dia, tak tau die cakap apa tapi yang mama boleh faham die sebut 'mama! mama!' sambil tunjuk2 kepada mama. Hanin pun seolah2 faham apa yang dia cakap terus ke sisi mama dan pegang baju mama. subhanallah! hanya rakaat kedua baru dapat mama khusyuk! hehe

gambar di ambil dari tingkap bilik

masjid An Nabawi dari tingkap hotel kami.
p/s; masa entry ni ditulis, Hanin tengah demam panas dan sakit kaki yang nampaknya macam sakit sangat sebab lepas kena cucuk vaksin untuk umur 18 bulan. nurse memang dah pesan cucuk kali ni sakitkan kaki dia sangat sampai mungkin dia nak jalan pun susah. kesian anak mama! menggigil2 kaki.
tak tidur lah nampaknya mama dan abi malam ni. kalau tidur tak terlayanlah Hanin. nak kena tuam kaki denga air suam selalu dan lap badan panas.
allah yashfik ya binti..tahan sikit okay!!

8 comments:

suweileh family said...

Alhamdulillah, dah selamat awa sekeluarga mengerjakan umrah. Mesti banyak pengalaman menarik kat sana kan?

Ilyana Ar Razi said...

Alhamdulillah,

Kenangan paling indah kan? Seronok tengok Hanin yang ceria :)

BAYT AMZAR said...

alhamdulillah...

mabruk 'alaikum dah lepas kerjakan umrah..

rasa tak sabar pula kami ke sana!!

*Hanin tukar baru stroller nmpaknya.. * ;)

Ain Allen said...

syukur alhamdulillah, Allah mudahkan semua.. selesai.. rindu mawah.. huhu.. huii.. rindunya kat hanin! sampai termimpi-mimpikan hanin ude semalam tau.. huhu..

zati said...

hai mawah..dpt news dr ayai yg mawah wat umrah..congratsss...huu, hanin kecik2 da p umrah, achique zati da tue ni xsampi lg ni..ish,ini sdh lebeh..hee..doakn rezki kte ke sane plak k..

sofiyyah said...

seronoknye dpt wat umrah ^__^
lain kali haji pulak eh..:)

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

salam

to kak ina, kak yana, kak ayu:
alhamdulillah tak tertulis lah keindahan perasaaan dan nikmat beribadat.
insyAllah kak ayu pegi sana dapat lah rasa.

to ain:
tu baby kot yang mimpi Hanin tu...tak sabar nak jumpe kakak die hehe..

to kak zati:
alahh insyAllah tiba masanya pegi lah jugak.. belum lah tua mana pun! hehehe. insyAllah.

to sofi:
aamin insyAllah memang plan nak pegi haji tahun ni. doa2kan lah rezki baik sume boleh pegi.

kher said...

hye hanin.

ahahaha...
sorry ler arituh amu amek gambar hanin time hanin tengah tido.
hahahaha....

nway tahniah ler dapat bawak family gi umrah. diri nie ntah biler lagi boleh ke sana.