Thursday, September 3, 2009

Ramadhan Ahlaa...

Bismillah

Fuhh lama sekali mama tak menulis ni! kadang2 rase takde benda yang nak di-update-kan..kadang2 ada terlalu banyak sampai tak sempat nak tulis hehe.

awwalan, ahlan ya ramadhan. ahlan diucapkan pada ramdhan yang ke 13? huhu.. sebenarnya, 1 ramadhan lagi kami semua, mama, abi, hanin dan semua warga2 melayu-sweileh dah membuat persiapan untuk menyambut ramadhan.

baiklah, mama nak kongsi sikit hari-hari ber'ramadhan' ni bumi barakah Urdun ni bersama makcik2 and pakcik2 hanin yang kat malaysia tu. dan sedikit perkembangan hanin.

Puasa Hanin

Ramadhan kali ini, mama and abi cuti, fasal soifi (summer semester) tamat seminggu sebelum ramadhan haritu. orait lah takdelah letih g kelas dgn pose musim panas ni.

Hanin puasa susu badan! mama nak train kurangkan menyusu, supaya tak lama lagi nak henti menyusu dah, taklah hanin shock! mula2 hari pertama tu miserable gak hanin nangis2. tapi boleh lah alih dgn bnd2 lain, sebagai ganti, hanin minum susu kotak (susu serbuk yang untuk age dia takmo!), buah2an, kuram, yoghurt, roti and zaitun dlln.

dan hari2 berikutnya, hanin dah boleh terima. satu hari tu, hanin menangis syahdu sambil sebut 'tek..tek..' dan buat isyarat jari telunjuk gerak2 (it means no no) hehe sweet la plak. dia cam terima tapi dengan hati yang penuh sedih.. =)

Minat baru

ramadhan pertama lagi, persatuan pelajar di amman buat iftor jamaie dgn sikit pengisian tazkiyah. solat terawih pun dibuat di rumah kami. ketika semua orang meng'amin'kan bacaan imam, hanin pun sebut kuat 'aaamiinn'..tapi lepas sume orang habis ebut amin hehe.

sejak hanin perhatikan sekarang ni fatrah orang solat ramai2 dan lama2...dia pun minat utk solat, capai aje tudung mana2 yang dia nampak, besar tak besar, orang punya tak orang punya, pakai dan sujud meniarap, mulut pun kumat kamit.. wajah serius! orang yang tgk aksi dia solat tergelak2 sbb comel, die masih serius solat dan mulut kumat kamit membaca 'sesuatu'.

nampak keseriusan mukanya tu??

quran pun tak lepas juga dari perhatian hanin. quran yg banyak atas meja cuba diambil tapi dgn tgn yg tetutup dek tudung yg amat labuh tu...lawak pulak tgk. disebabkan motor2 halus dia belum beroperasi baik, dia agak sukar nak menyelak helaian2 mushaf. teruskan mencuba ye!


eyah...eyah...mana tangan nih..


haa dapat pun...
sampai terduduk2 nak bukak mushaf

Terawih, dulu dan sekarang

satu malam ni, mama bawak hanin terawih di masjid berhampiran rumah. seronok rasanya nak bawak. sbb dulu masa mama pregnant kan hanin, mama pegi solat kat situ ramai kanak2 kecik, besar, baby, toddler, remaja ada. ada yang solat di baris belakang, ada yg solat dicelah2 makcik2, ada yang berlari, ada yang menangis, ada yang main.
itu 2 tahun lepas.
tapi kali ni, mama dtg, masjid sunyi tak bising dgn anak2 cam dulu. ada lah 2-3 kelompok anak2 solat di baris belakang. ada juga yang solat dicelah2 makcik. biasa aje, budak2 solat sebelah mama, gerka sana gerak sini. ok aje, takde yg marah, tak nmpk pulak istilah putus saf putus saf ni.
hanin pulak, lepas rakaat ke berapa entah, die 'bersuara'...menangis yang tak menangis pun..maybe dia tak sesuai lagi dgn tempat baru. habis je solat, ade makcik arab ni cakap kuat2 complain 'wahai saudara2...bersolat di masjid adalah untuk bersolat dengan aman dan tenang...kalau ada budak2 menangis, dimanakan ketenangannya??'
berulang2 kali cakap.

takpelah hanin, kita solat kat belakang. solat lah mama sebelah anak2 usia sekolah rendah. kawan mama yang tadi mama solat sebelah dia, anak imam tu menoleh ke mama seolah2 simpati.

maybe makcik tu sorang je kot yang rasa gitu? maybe semua makcik pun? sebab suasana masjid dah lain...dah tak meriah dgn anak2 macam dulu. tapi at least ade jugak lah sikit perbezaan muamalah bangsa arab ni dengan kanak2 ni masjid berbanding sesetengah masjid di malaysia?

apa2 pun mama bersyukur sbb anak2 ni bersemangat datang ke masjid sendirian dan solat berjemaah. bila mama tanyakan si anak yg mama kenal: 'wein mama?' dia jawap: 'fil bait'. maknanya dtg sndiri je solat. bagus bagus..alhamdulillah.

Welcoming Ramadhan

seperti apa yang mama perhatikan, bila menjelang ramadhan, segelintir rumah menyalakan lampu kelip2 awarna warni, lampu berbentuk bulan dan bintang...menyambut ramadhan. kalau di malaysia, kita pasang lampu ni bila syawal menjelang kan?

Kuih ramadhan

istimewa ramadhan ni Jordan, kuih qatayif. khas dijual bulan ramadhan sahaja. macam kita kat msia. tapi, satu jenis je kuih dia! satu...bukan berjenis2. kuih start dijual lepas asar (kalau tak silap) dan sebelum maghrib dah tutup. ini bagi kedai kecik2 lah.
rasanya macam apam balik tapi isinya kita buat sendiri, boleh bubuh walnut+kelapa kering+gula+cinnamon powder atau keju tawar+habbatus sauda. berkhasiatkan?

gmbar takdak! nnt upload.hehe

sekian dulu!





haa yang ini untuk tatapan hangpa semua kat malaysia k. ini our best fruit on iftar! tin. wat tiini waz zaitunn! hehe haritu letak gambar durian kan...ha amek gamaba ni plak. memang lazat dan enak, sejuk tekak dan perut makan..sluurrppp. =)

5 comments:

zura said...

alahai, comey nya si hanin tue..kecik2 dh pndai nk solat..alhamdulillah, moga berterusan smpai ke besar..

xraya kt ,malaysia ke???xteringin nk mkn kuih raya dri malaysia???

Aku Dia dan Kamu said...

salam...MashaALLAH hanin..moga jdi anak solehah ameen.:)

Chanana Syaz said...

comelnya hanin.. gerammmm.. bagus kecik2 dah pandai solat.. cygggg hanin..hehe..

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

kak zura, kuih raye jauh lagi lah nak teringin hehe...teringin lemang n durian! hehe.

mengembalikan jati diri bangsa said...

regard
know from blogger Indonesia
This is my first blogger to make the comment and please come back greetings and congratulations and success