Sunday, January 25, 2009

teman karibku kini bergelar isteri..

Alhamdulillah semalam Ain dan Musab selamat diijab kabulkan. Dan kini teman karibku itu dah bergelar isteri. nanti bertambah lah perkara yang dapat kami kongsikan bersama. Semalam majlis akad nikah, dan hari ni kenduri belah pihak perempuan yang dilaksanakan di rumah Ain, iaitu pada genap 2 tahun 7 bulan kenduri kahwin aku dan suami (25 jun 2006).

Membuatkan aku terkenang balik pada majlis tu, macam2 kenangan indah. Lantas terus aku belek balik album gambar2 semasa majlis. Terlihat pada gambar Ain yang pada hari itu memakai baju kurung hitam kekilatan sikit di'match'kan dengan tudung hitam juga. Baru2 ni semasa ber'chatting' dengan Ain (ketika itu kami sibuk berborak dan sembang bab perkahwinan memandangkan Ain nampaknya macam berminat untuk di'taaruf'kan bersama Musab), Ain bagi tahu sebenarnya pada majlis aku tu dia pakai baju hitam kononnya simbolik pada kesedihan dia kerana aku akan meninggalkan dia di alam 'bujang'...aku tak sangka dia terlalu sedih, tapi aku tidak pelik sebab semasa Ayai (kakakku) memberitahu dia mahu berkahwin, aku menangis bagai nak rak macam orang putus cinta (pada waktu tu) tapi pada waktu ini boleh juga aku describe macam orang hilang anak..huhuhu...sedih yang teramat sebab kita merasakan seolah2 orang yang kita sayang tu telah dirampas! Mungkin itu juga yang Ain rasa.


sakinah, ain dan aku pada hari perkahwinan aku...ain dan aku dah selamat, lepas ni sakinah pulak!

Masya Allah ukhuwwah yang terbina atas ikatan ad deen ini sejak kami berada di bangku tadika lagi sangat kuat dan utuh seolah-olah kami adik beradik. Kami sempat bersama2 di sekolah rendah Al Amin Keramat sehingga darjah dua, kemudian Ain berpindah ke Labuan. Selepas itu kerap juga kami berutus surat, tapi yang pasti Ain memang sangat rajin menulis dan 'mengepos' surat berbanding dengan aku, yang rajin tulis tapi tak terpos-pos. hehe...

Selepas tamat sekolah rendah, aku asyik melobi Ain supaya datang ke KL belajar di sekolah menengah Al Amin, masya Allah gigih dah teguh hati Ain buat keputusan untuk berjauhan dari keluarga ketika usia belum mencecah 13 tahun. Salute untuk Ain!! 3 tahun kami duduk bersama, Ain secara rasminya menjadi anak angkat keluarga aku. Banyak pengalaman bersama pahit dan manis, mematangkan hubungan kami insyaAllah. Termasuk pengalaman merasai kehilangan ayah sementara kerana ditahan ISA. Keistimewaan Ain.

Kini Ain akan sekali lagi kongsi kehidupan di Jordan bersama aku, dan keluarga. Tiba2 terkenang sejenak, dulu pada tahun pertama aku di Jordan, masa ramadhan aku berdoa minta Allah izinkan seluruh ahli keluarga ku dapat datang ke Jordan, kini tak sangka Allah izinkan lebih dari itu, anak angkat keluarga ku pun datang jugak! Alhamdulillah, thanx Allah.

Buat Ain dan Musab selamat pengantin baru, Moga Allah tambah2kan limpahan rahmat, mawaddha dan mahabbah NYA dalam rumah tangga kalian. Moga Allah teguhkan iman dan taqwa kalian dalam meniti jalan perjuangan menegakkan syiar Islam di bumi ini.

Buat Ain, moga Allah jadikan Ain isteri yang solehah, isteri yang setia berkorban untuk perjuangan suami dalam agama ini. Moga Ain jadi isteri mujahidah kepada seorang mujahid, moga Ain dan Musab kelak nanti pulang ke sisi Allah dengan martabat syaheed..juga bersama kami sekeluarga aaminn...

sweileh,
menanti ketibaan mu Ain!

3 comments:

Deremind said...

huhu.. nangis ana bace entry nti, mawah..

my closed sister will get married soon jugak, so I guess the feeling is the same.. btul tak? hehe..

nway, ukhuwwah itu tetap kekal sampai ke Jannah inshaAllah.. =)

ps: rindu korang sume. dhla xdpt pegi 1 wedding pun, balik grad ni, sume dah beranak pinak.. isk3..

Nazirah @ US

Ilyana Ar Razi said...

salam,

owhhhh, mus'ab kawin dgn ain kawan awah. akak ingat lagi awah cite ttg ain pada akak. tak lama lagi kalian bertambah rapat la yer sebab sama2 bermukim di bumi Jordan.
seronok la awah tue! :)
mesti tak sabar dah tue menanti kehadiran sahabat karib.

Uwais Amzar's Family said...

mana tak sukanyya k.yana.. dh termimpi2 duk bawa ain jmp kita..hahaaa...