Saturday, May 9, 2009

cara memasak Mansaf

Bismillah
Salam Haninkuhaiii,
setelah abi berpesan berkali2 supaya mama tuliskan resepi mansaf di sini, ini dia. bak kata abi, kita merintis resepi mansaf dlm internet...kononnya lah. kalau ikutkan plan mama, mama nak letak cara memasaknya setelah ada rezeki mama belajar masak dengan kawan arab, cuma peluang tu tak tahu bila...nanti dah luput pulak idea ni.

Sebelum itu, ini dia pengenalan mengenai mansaf, just klik the mouse! hehe http://en.wikipedia.org/wiki/Mansaf

Bahan2nya:
1 kilo daging
1 kilo beras Mesir atau beras Amerika (bulat2 pendek, mcm beras Sushi)
1 sudu baharat mansaf (rempah mansaf)
5 helai daun ghar (warakah ghar) untuk menghilangkan bau daging kambing
500ml yoghurt fresh atau laban baladiah
1 ketul jameed (yogurt yang dikeringkan dan dikeraskan)
sedikt kunyit
sedikit garam
4 sudu samnah (ghee)
chopped parsley
roasted pine nuts dan almonds

1. rebus daging bersama daun ghar dan rempah mansaf sehingga daging separuh empuk, kemudian keluarkan daun ghar, biarkan daging bersama air rebusan.(air rebusan jangan terlalu banyak)
2. sementara itu, hancurkan jameed dgn cara meramaskan jameed dgn air suam, kemudian masukkan jameed yang telah hancur ke dalam blender bersama fresh yogurt. blend sehingga hancur. kemudian tapiskan mixture ni.
3. masukkan yogurt yang telah di blend dan ditapis tadi ke dalam daging tadi bersama sedikit kunyit untuk pewarna. kacau sehingga daging masak. perhatian: sentiasa kacau untuk elak pecah yogurt haha..bukan pecah santan ye...
siaplah kuah...
4. untuk memasak nasi, rendamkan beras bersama sedikit kunyit selama setengah jam. kemudian tapiskan beras, dan tumis bersama ghee (samnah), setelah rata masukkan air, sukatan air utk beras ini, 1 cawan beras = 1 1/2 cawan air.masukkan sedikit garam dan kunyit.

setelah semuanya masak,cara untuk menghidangkanya, susun roti pita/ roti syawarma(tak tau nama roti dia) di atas pinggan atau dulang, kemudian letakkan nasi dia atas pinggan / dulang, taburkan daun parsley dan roasted pine nuts dan almonds diatas nasi, susun daging kambing yang telah di masak. dan tuangkan kuah mansaf, siap!

selamat mencuba dan selamat jamu selera..

5 comments:

yellowrose said...

1st tyme tgk org wat sndrik mansaf..salu selame nih asma wat maqlubah jek..bleyh la try mansaf lak pasnih.thnx mawa for the recipe!

Ain Allen said...

takotnye nak cube.. ngahaha.. xpe.. nantiii tgk mawa buat.. kene tggu mawa wat dlu arr nih.. hehee

Chanana said...

mama hanin, buh gamba laaaaaaaa..he

BAYT AMZAR said...

yeay! akhirnya.. puas cari kat internet..huh..x beretepatan semuanya.. haha.. ok, syukran for the recipe!

nak cuba!

BAYT AMZAR said...

awah, umi letak dalam my blog resipi leh tak? nk simpan situ... blh ye?

:)