Monday, March 23, 2009

suprise for Hanin

sambungan semalam...

balik2 rumah abi mengintai Hanin yg sedang tidur..sambl mengeluh..'ala baru nk tunjuk kat dia abang ada beli hadiah untuk dia...kesian dia sakit2 ni kasi happy sikit lah..'

bila abi keluarkan hadiah nya, mama pun ' waaa besnyee!!...'
agaknya bising2 kami bersembang, Hanin pun terjaga, abi pun excited pasangkan hadiahnya, namun usaha itu tidak mendapat sambutan dari Hanin sebab Hanin masih sangat lagi mengantuk. belum siap abi pasang Hanin dah kembali tidur..hemmm.


pagi td bangun2 je Hanin terus meluru ke hadiahnya! baru cuba untuk menggunakan..tergolek2 sikit. hadiah ni nanti Hanin dah habis study (baca mama dan abi habis study) tinggal jelah kat sweileh ni untuk kegunaan anak-anak sweileh yang bakal datang...insyAllah..hehe..
p/s...uwais bila pulak..tagged!

Sunday, March 22, 2009

serangan batuk...

Bismillahir rahmaanir rahiim


Hari ni masuk hari ke empat Hanin diserang virus batuk dan selsema. virus demam hanya menyinggah lalu sahaja pada malam khamis, tumpANG lalu pun boleh tahan kuat panas dia kasi kat Hanin. smpai muntah lemayan dibuatnya Hanin. si VI.cough dan si VI.flu masih menumpang. Bangun subuh, mama dah terdetik dalam hati, "tak pergi kelas ni macam ni". walaupun masih ada lagi rasa-rasa nak pergi kelas. terus tgn mncapai henset sms pada ummi Uwais bg tahu tak hantar Hanin. rupanya adik beradik ketiga-tiga spesis VI td pun menyerang Uwais malam yg sama.



gambar,hanin nyenyak d sblhnya steam camomile




Mama decide untuk tidak pergi ke klinik, buat home treatment. walaupun agak lambat proses pemulihannya tapi alhamdulillah dapat sikit sebanyak tambah pengalaman. Hati ni tiba-tiba mengalami konflik, 'betul ke keputusan tak gi klinik ni?'. untuk menghapuskan kacau bilau, mama singgah laman-laman web yg berkaitan dengan home remedies. terjumpa pulak artikel


ni,
tambah yakin. Tapi, untuk meneruskan pendirian inni, ada HARGA yang perlu dibayar...hihi.


malam ni, kak syarifah atau mesranya kak pah dan
ust syed hilmi ajak datang rumah, Hanin kelihatan

lebih ceria,berlari berjalan bermain dan!

ber'buang air besar' setelah 2 hari tidak

kerana tak makan. lagi, cuba utk salin

pampers sendiri dengan masuk ke tandas

dengan stokin stokin sekali. bila angkat,

air menitik2 dari stokin. hehe comel..





balik rumah, Hanin bertambah selera makan.


selesai brsihkan diri, kami sama2 duduk bawah
kain untuk inhale wap dari air rebusan camomile.
tak lama lepas tu, Hanin muntah keluar susu
bersama Mr. Phlegm -ternakan si VI.cough.
yes! Miss Camomile yang baik hati telah menang
dalam pertaruhan dengan VI.cough.
sekarang Hanin sedang nyenyak diulik mimpi,
mungkin dgn heroinnya, Miss Camomile.



Antara ubat yg digunakan, minyak habbatus sauda (trend Opah), PILKA pati oregano dan other herbs, VICKS (sponsored by Uda), madu dan uncang teh camomile (Hanin tak berapa minum).



Di akhir penulisan ini, abi sampai ke rumah dengan hadiah istimewa untuk Hanin! tadaaa!! rahsia lagi, memandangkan Hanin tidur. to be continued...

Monday, March 16, 2009

rumah dah pasang internet

Alhamdulillah!! dengan izin Allah dapat lah Mama Abi pasang internet kat umah.



seronok. moga peluang yang ada ini kami manfaatkan sebaik-baiknya.



dan Hanin, tolong bagi kerjasama kat Mama nak berinternet! huhu..belum apa2, baru 5 minit mama duduk kat meja computer tiba2 datang merengek2 kat mama minta dukung.

dukung boleh sayang, kejap lagi pun boleh kan?? huhu....
ha, kalau dah dukung tu, tak perlu lah sibuk2 nak tolong mama taip...huhuhu.....

'ala kulli hal... terima kasih sayang ku Hanin...

Thursday, March 5, 2009

diinspirasikan...

pagi hari ni, hati sikit terusik dengan 'cabaran kehidupan'. biasalah, dah nama hati, qalbu itu yg dtg dari maknanya terbalik, hati berbolak balik..
hati menjadi lega bila lagu Sunnah Berjuang tibe terkenang2 di telinga. terus lega, dan kembali ke alam nyata. nasyid ini aku kenali sejak kecil, Ayah sentiasa pasangkan nasyid2 'bertenaga' seperti ini setiap kali naik kereta.

dalam waktu2 begini, mama selalu teringatkan Hanin kerana Hanin seperti dorongan dan galakan untuk mama dan abi menempuh cabaran hidup ketika ini-hidup berumahtangga dan menuntut ilmu dan membesarkan Hanin.

tapi apalah sangat payah perjuangan kita ni kan bang berbanding saudara2 kita kat Palestin tu...

moga Allah kukuhkan hati-hati kami dalam jihad ini insyaAllah..
sikit lirik untuk tatapan mujahid dan mujahidah di luar sana..


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

* potong beberapa perenggan sebab rasanya tak sampai tahap tu lagi. untuk dengar lagu ni, boleh klik http://www.youtube.com/watch?v=dJWQPBoPRmI

terharu

Bismillah


lama dah tak bukak blog sendiri, bukak2 dpt msg kat box dari ustazah Sakinah, katanya dia ada entry berkaitan aku dan Ain. aku segera panggil Ain (online kt umh Ain) untuk baca entry tu bersama2. mula2 baca perenggan awal, kami serentak berkata 'ala ustazah tak faham..' apabila membaca ustazah menulis 'gitu pulak ya'.

boleh klik di sini utk baca http://sakinah-omar.blogspot.com/2009/02/congratulations-kake.html


kami pun teruskan bacaan, terus dan terus sehingga dua2 kami sebut 'sedihnyaaaa...' Benar2 sayu dan sedih sehingga bergenang air mata, lagu yang dalam blog tu pun satu menambahkan sayu.


Kami mengenali ustazah Sakinah ketika berada di tingkatan 2, beliau mengajar kami Bahasa Arab dlm kelas tuisen yg dibuat di rumahnya. Mama lah yg tolong carikan untuk membantu kami lebih faham bahasa arab ketika itu especially Ain yg ketika itu agak pening2 lalat dengan bhs arab memandangkan dia telah lama tinggalkan subjek bhs arab slps berpindah ke sekolah di Labuan dari sekolah rendah Al amin.


dulu lepas tuisyen ustazah rajin hidang makanan, seronok anak murid dia. memang betul dlm sajak2 yg kita selalu dgr dulu, guru ni suka berjasa, bukan sekadar mengajar! lepas berhenti tuisyen, lama dah tak jumpa. tak sangka jumpe melalui blog, guru kat Malaysia, anak2 muridnya kat Jordan. masya Allah..