Monday, January 12, 2009

!!!دائما و ابدا معكم

Jumaat, 9hb Januari 2009.
Seluruh dunia digesa membuat demonstrasi membantah keganasan rejim zionis Yahudi laknatullah ke atas Ghaza pada hari ini. Jordan juga termasuk antara negara2 yang menyahut seruan ini. Kami sekeluarga rasa terpanggil untuk ikut serta dalam tunjuk perasaan ini, the least we can do.

Sebaik pulang dari masjid subuh hari jumaat yang mulia ini, abi sibuk menggesa mama 'kita kena pergi!'.. Demo ni diumumkan di masjid, bas siap disediakan bagi yang mahu pergi. Kami tiba agak lewat, sesampai di tempat berkumpul, orang dah membanjiri tanah lapang. Pentas tempat pemimpin gerakan2 Islam (Jabhah Islami di Jordan, Ikhwan Muslimin dan bbrp lain) yang menganjurkan demo ini pun tak dapat kami lihat, ramai orang pun berdiri atas kerusi untuk melihat persembahan dan ucapan. Mohammad Basyar (yang menasyidkan lagu Ghaza yg berkemundang dlm blog ni) pun ada menasyid.




Hanin masih tidur sesampai di tempat berdemo. Tak lama lepas tu terjaga dan agak kepelikan melihat begitu ramai sekali orang. Kami memang ingin biasakan Hanin ketika kecil dan membesar dalam kehidupan 'berjihad' rasai kemanisan dan kepahitannya, insya Allah moga Hanin besar kelak tidak keberatan dan ragu2 untuk berkorban dalam perjuangan Islam.





Di samping dapat sikit sebanyak mengumpul pengalaman berdemo di negara orang dan melihat budaya dan pemikiran masyarakat Arab yang istimewa ini. Alhamdulillah. Mama telah targetkan dalam diri untuk dapat sebanyak mungkin manfaat memandangkan peluang emas ini Allah izinkan kami rasa. Sebelum bersurai, mama ajak abi ke berdekatan pentas, 'mana tau kite dapat sesuatu'.


Alhamdulillah...ya Allah benar sesungguhnya Engkau sentiasa mengkabulkan hajat hambaMu.. kalau bukan harini, nanti pada waktunya yang paling sesuai, Dia lebih tahu, ataupun diganti dengan yang lebih baik, Dia lebih tahu. Kami teserempak dengan pensyarah kami di Jamiah Zarka yang cukup kami sayangi dan sangat dihormati, Dr. Adnan Azaizah. Memang sejak meninggalkan jamiah zarqa, sejak haritu mama selalu meminta2 agar dpt berjumpa lagi dgn Doc tu. Mana tau dgn perjumpaan ini, Allah ingin membuka lebih 'jalan' dan peluang dalam perjuangan ini...Ya Allah...aku pohon! Benar2 pohon!


Lepas tu dapat pulak berjumpa dengan artis band nasyid islamik kanak2 yang dah kira terkenal sangat lah kt middle east ni, Toyor Al Jannah. Artisnye budak kecik je, tapi comel Walid Miqdad dan Mu'tasim billah Miqdad. Boleh la cari di youtube lagu2 mereka. Hanin pun macam boleh recognize dua budak tu, sebab dia lentokkan badan dia macam malu2. Maybe..hihi. Hanin besar nanti maybe dah tak ingat dah tapi ada lah gambar untuk kenangan2 semasa Hanin membesar di Jordan.




Sebelum berjalan pulang, beberapa wanita arab menyapa kami untuk mencuit pipi Hanin, entah dah berapa ramai orang sapa untuk ambil gambar dan cuit2 Hanin. Wanita itu macam agak terpegun (atau ape ek perkataan yang lebih tepat..tak ingat...huuu) melihat kami orang asing ikut serta berdemo, dia berulang-ulang kali sebut pada Hanin: 'anti ma'ana?!' (awak bersama2 dengan kami?!) Mama pun menjawap akhir sekali, 'daiman wa abadan ma'akum'...


Insya Allah.

Allah, teguhkan hati kami dalam perjuangan menegakkan syiar Mu ya Allah!

inna hayatana wa mamatana liLLAHi rabbil 'aalamin..


4 comments:

Ilyana Ar Razi said...

salam perjuangan!

terharu melihat semangat kalian.

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

salam perjuangan buat kak yana sekeluarga jugak, moga ALLAH teguhkan hati kita semua dalam perjuangan ini.

Unknown said...

wah abi hanin dah macam pejuang hamas dah tu.hanin pun semangat nampak dengan headband hijau tu..Allahuakbar!!

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

to insyi, jom lah kita isi borang hamas sama2! hehe