Sunday, December 6, 2009

Salam Haji

Bismillahir rahmanir rahim

Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar la ilaha illallah
Allahu akbar, allahu akbar, wa lillahil hamd.

Alhamdulillah, selesai sudah mama dan abi mengerjakan ibadah haji, dan selamat sudah mama abi pulang ke sweileh, jordan, kembali mendampingi sisi Hanin, syukur, lega, tenang, redha segalanya berbalik kepada Allah.

Alhamdulillah, Hanin dalam keadaan sangat baik, tambah chubby, tambah berat. Alhamdulillah amanah yang diberi pada tetah dipikul baik. reaksi Hanin ketika mama abi datang ambil Hanin, tersenyum dan tersengih tak henti2. Hanin peluk mama dulu, pastu sebut 'abi', dan peluk abi. Mama yang menangis tak tertahan rasa 'menahan' rindu dan terkenangkan Hanin sepanjang di tanah haram. Lega sekali tengok Hanin dlm keadaan yang cukup baik setelah 15 hari membayangkan keadaan Hanin. SYUKUR!

gambar sebelum mama abi berangkat, ketika hantar hanin ke rumah tetah

di rumah tetah (hanin macam dah boleh agak mama nak tinggalkan dia 'luar biasa')

Mama dan abi tak target untuk membeli2 semasa di sana, cukuplah masa umrah bulan jun tempoh hari. cuma special untuk Hanin, mama abi hadiahkan 'kitchen' untuk hanin. nampak besar, tapi harga tak besar...hehe. satu2nya yang 'terbesar' mama abi angkut bawak balik, khas untuk Hanin! =)

tengok hanin tenung muka mama, sejak mama ambil, berkali2 tenung muka mama. nak pastikan ni betul ke mama!


abi tolong pasang kitchen hanin

saiz kotak lebih besar dr hanin..

Ada beberapa perubahan pada Hanin yang mama kena biasakan ketika baru sampai.. (camne lah org yg berpisah dgn anak berbulan2...huhu)
antaranya, hanin lebih diam (mula2 je), kemudian hanin byk cakap tapi mama tak dpt tangkap (mungkin bhs arab kot!), hanin bangun seawal 6.30 atau 7 pagi dan terus minta sarapan. untungnya kena train dengan arab ni, breakfast dia simple, roti makan dengan cheese je, tak perlu tumis2 nasi goreng! =p jimat masa, dan ada beberapa nutrisi yang diperlukan Hanin, kalsium.
yang lainnya, selera makan hanin bertambah. dan paling best hanin dah kena toilet training! dah pandai duduk cangkung kat toilet bowl, tapi tetah kata dia train hanin kat potty training je.
malam pulak, Hanin tidur dengan sendirinya, tak payah tepuk tepuk atau buai. cuma resah2 skit sebelum tidur, maklumlah, elemen2 yang menidurkan dah takde (ie puting badan, dodoi, dan buaian).

secara puratanya, perkembangan Hanin memuaskan, mubarak ya ibnati!
bila cerita dengan maklong (mama jumpa maklong dan paklong di sana), cakap hanin dah boleh jadi kakak! insyAllahh...

setakat ni dulu buat tatapan saudara mara dan sahabat handai.

tak lupa mama abi ucapkan buat sahabat2 yang turut sama tengok2kan hanin, melawat dan ziarah, especially ibu susu hanin, Ummu Uwais dan suami, Abu Uwais. Allah sahaja balas jasa kalian, moga seruan kalian untuk merasai nikmat haji ni sampai tak lama lagi, dari jordan ni insyAllah, aamin.

tak lupa buat sahabat2 dan adik beradik mama abi, moga Allah kabulkan permintaan kalian semua. aamin!

3 comments:

jue said...

syukur marwah n suami dah selesai tunaikan ibadah haji

Muthanna Saari said...

selamat semua utk hajah cheawah dan haji sagol...dan mesti hanin yg paling best dapat present...

ummu umar said...

puas la hanin memasak dan jamu mama abi makan minum ni! miss u hanin!