Tuesday, January 6, 2009

buat said bin zaid

Baru tadi tengok gambar baby said bin zaid, cucu atok dan opah yang ke-8, anak pertama kakakku yang disayangi Zilal atau panggilan manja Ayaii...hehe..
Comeeeeellllll sangat rupenye Said ni...apa lah mak ude ni, Said dah 2 minggu lebih baru tengok muka Said..teruk betul...huuuu...maafkan mak ude,said...
Putih, halus, macho dan hensem, cantik, ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut ni lepas tengok satu-satu gambar Said kat friendster..

Ayai pun kelihatan makin cantik dalam gambar. Sebelum tengok gambar Said, sempat telefon Ayai yang sedang tidur, katanya Said nak tidur kat tangan dia je sampai lenguh, dan suka ber'qiamullail'...hehe...saja bertanya khabar terkini ibu baru ni, sempat jugak dendangkan untuk dia lagu tema dia, lagu 'berkorban apa sajaa...' katanya sebagai pemangkin semangat pada waktu2 Said 'menguji'...hehe.

Cepat jugak masa berlalu, masing-masing dah besar dan melalui kehidupan yang berlainan. rasa macam baru sekejap masa kanak-kanak kami berlalu, teringat pulak kecik-kecik kami bermain bersama, bergaduh bersama, aku dan ayai boleh dikatakan agak rapat memandangkan jarak umur yang tak terlalu jauh, Ayai anak ke 4, aku anak ke-5, dan kakak sulung kami, Anfaal atau panggilan mesra adik beradik, Ako 8 tahun lebih tua dari aku.
Aku dan ayai sempat melalui alam persekolahan bersama-sama, mungkin itu yang membuatkan kami lebih akrab. peristiwa2 lawak yang berlaku antara aku dan ayai dulu, kalau diungkit balik sekarang, pasti kami akan ketawa terbahak2 seolah2 benda tu tengah berlaku lagi! saat aku menulis ni pun rasa nak tergelak. nanti kalau ada lebih kelapangan masa, nak jugak ku coretkan buat kenangan.

Dan kini masing-masing dah bergelar ibu. Aku rasa ini lah kesempatan dan peluang yang besar harganya Allah izinkan kami semua rasa, aku, ayai dan ako.dan nanti akan datang Wasilah pulak. peluang untuk menghayati pengorbanan ibu kita membesarkan dan memberi contoh tauladan yang terbaik untuk kita, bukan setakat sebagai ibu tapi sbagai isteri yang tak kurang hebatnya, menjadi sayap kiri (bak kata orang) tapi aku tambah, sayap kanan dan kiri si suami dalam memperjuangkan ad deen al Islam. sama-sama lah kita ambil iktibar.


akhir kata, memandangkan hanin pun tak rela beri kesempatan labih panjang, teringat lah tadi dalam kelas, pensyarah sempat kongsi sikit tazkirah lepas selesai mengajar, dia kata: aku yakin, bagi pasangan suami isteri, bila mereka dikurniakan anak yang pertama, kehidupan mereka selepas itu pasti tidak indah dan manis, tapi percayalah selepas itu kau akan dapati, anak itulah segala-galanya. Ok, tahniah lah buat ayai dan abang zaid, SELAMAT BERJUANG!!

1 comment:

Unknown said...

coomelllnya said bin zaid... semoga menjadi permata bersinar buat ummu dan abu said...penegak ad-deen dan pejuang kebenaran..insyaAllah.. :)