Wednesday, February 25, 2009

balas tag


Bismillah... sekadar memenuhi permintaan sahabat hehe...

Aku pernah suka melukis. Hobi ni agak heboh pada pengetahuan kawan2 dan ahli keluarga sehingga ramai yang menghadiahkan alat2 melukis dan buku panduan melukis. Antaranya:
-Mama dan Ayah belikan buku melukis haiwan dan melukis atas batu dari USA
-Ako belikan buku melukis yang best igt lg dia tulis dlm tu; asah pensel dan terus asah bakat!
-Ilya hadiahkan sketch pad yang pertama sepanjang hayat ini, ketika tingkatan 1
-Ain belikan sketch pad yang sungguh romantis, berbunga2 timbul depan dia, dari Australia, katanya nanti time dia kahwin, lukiskan potret dia dan suaMI! (skrg tak tau blh ke wat ke tak sbb dah lama tak asah bakat!)
- Kak yah (isteri abgwah) belanja sketch pad kecik comel hitam sempena pemergianku ke Jordan
Sketch pad pemberian siapa tah tak igt pernah smpai ke Indonesia ketika kami sekeluarga melancong di Medan. ku lakarkn pemandangan lucu di Berastagi! (lucu bak kata tourist guide tu cantik)
Hobi ini telah seketika mempunyai pengaruh yang agak besar dalam hidupku iaitu pada zaman Ayah ditahan tanpa bicara di bawah akta zalim lg kejam ISA..aku membawa diri keluar corridor dan termenung kerinduan yang pedih terhadap Ayah dan sambil melakar2 pemandangan, sehingga ada tahap terbawa2 diri yang kritikal dan melampau, aku melakar sambil mencucur2 air mata teringat kat Ayah.
(salah satu bukti ISA kejam yang patut dilakar dalam sejarah rakyat Malaysia!)
Aku jadi macam orang yang berjiwa halus dan seni kerana hati ini dah jadi halus dan sayu dan sensetif setelah orang tersayang dalam hidup ni dirampas oleh pemerintah zalim tanpa pengadilan.
Benar, hobi ini seolah2 tempat aku meluahkan perasaan dan melepaskan kerinduan terhadap Ayah. dan juga tempat meluahkan kemarahan membuak2 itu.

kumpulan manusia yang tunduk ikut arahan pemerintah yg zalim atas alasan 'kerja'..guna akal lah...


Hemm..nmpknya tag ni membuka peluang kpd aku untuk mencatatkan sejarah kezaliman ISA yang mmg dah lama plan nak buat! terima kasih kepada yang men'tag'!
sambung nanti....

pintu masuk untuk menziarahi Ayah di kem tahanan kamunting, KEMTA yg pahit utk ditatap

4 comments:

Uwais Amzar's Family said...

moga terus tabah dan sabar!!! cite lagi..i'll waiting...;)

suweileh family said...

K ina pun suka melukis, malah cita2 zaman kanak2 ialah untuk jadi pelukis.

K ina masih hutang tag ngan Ayu, bila nk bayar...malam tadi ingat nk tulis pasal hobi n cita2 zaman kecil2...melukis...nmpaknya catatan dlm kepala ni telah di copy paste oleh awah. hehehe

Uwais Amzar's Family said...

yeker kak ina tuh.. alasan nak tangguh hutang tag lagilah tu ..huhu ;)keh3x..

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

hem tak sangka kita minta benda yg sama ye kak ina..hihi