Wednesday, February 11, 2009

untuk Amal dan Palestin


Alhamdulillah, hari ni mama diizinkan Allah untuk mengatur perjumpaan dengan kawan istimewa yang sama belajar di university mama, sahabat dari Ghaza (hijrah ke Jordan pada 2004). Memang dah lama nak ajak dia datang rumah supaya kami dapat kongsikan lebih terperinci tentang kehidupan masing2, memandangkan di jamiah perbualan agak terhad, katanya kena berhati2 terutama kalau berbual pasal politik, Palestin, Hamas, Mahmoud Abbas sebab jangan tak percaya di kalangan student di jamiah pun ada siput babi! SB.
Mama percaya sebab dia telah pun dipanggil oleh mukhabarat (SB) selepas permohonan dia untuk perbaharui visa di jordan ditolak, dlm soal siasat dia ditanya betulkah pendapat dia tentang Hamas dan benarkah dia pernah berpendapat sedemikian sedemikian terhadap Abbas, yg mana kenyataan2 yg disebut SB tu adalah pendapat yang dia kemukakan ketika dia bermujadalah dengan pensyarah di jamiah yang kelihatan agak pro-Fatah!

peluang dpt berjumpa dgnnya di rumah mama manfaatkn sebaiknya, apa gambar mama tunjuk, apa buku, penulisan berkaitan Palestin, hak asasi, ISA, tokoh pemimpin Islam di malaysia dan mcm2. sempat juga mama perkenalkan ahli keluarga mama, Atok sebagai tahanan politik kerajaan malaysia, Opah sebagai teman setia perjuangan Atok, maksu Silah, Atam, dan maklong. mama juga bawa keluar tshirt keluaran Brotherhood Arts yang ada gmbar syahid Faris Audah dan Tank Israeli sambil terjemahkan tulisan2 atas tshirt tu

mama: isim: faris audah, umur: arba'atash, silah: hajar!
AMAL: aiwaaa...ta'rafuuhu aa? (kamu kenal dia ya?)
mama: bala, ma'ruf..
mama: wa hai, Tank israeliyy, sana' fi amirika..wa..la a'rif bil arabi..
(dah tak dapat terjemah, susah gak tu Ako! hihi)
amal sgt terharu, agak berkaca air mata dia, dia kagum dengan usaha rakyat Malaysia memperjuangkan hak rakyat Palestin. dia minta bawakan satu dari malaysia, katanya belum ada tshirt seumpama itu di jordan mahupun di tanah air dia, Ghaza, Palestin.

akhir sebelum berpisah, dia doakan Allah jodohkan Hanin dengan seorang warga Ghaza, katanya supaya ada NASAB antara PALESTINIAN and MALAYSIAN!!!

amal adalah salah satu rakyat palestin yang menjadi contoh dan pembuktian kebenaran dan wa'du minAllah yang disebut beberapa kali; lan yadhurrukum, daLam hadis asy syarif la tadhurru man khaalafahum.

amal sikit tidak gentar dan takut, cuak, kecut, layu, lembik dengan gugatan Yahudi bahkan api semangat juangnya lagi menyala, cakapnya menghentam Yahudi dan konco2nya makin lantang menjadi2 walaupun kini suaminya terhalang untuk keluar dari Ghaza tinggallah amal dan anak2nya di Jordan.

mansurah wal wa'du minAllah..

6 comments:

Unknown said...

salam 'alaik abadan.. memang gembira sangat dapat berkenalan dengan Amal.. selain berta'aruf dan berbahasa arab dengannya... Orangnya cukup tabah dan kuat!! wawa, nnt kalu nak k umah amal, jgn lupa ajak k.yu tau! hii.. ;)

Anonymous said...

Salam pada Amal, teruskan perjuangan membebaskan Al-quds.

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Salam Sejahtera
Membaca sahaja coretan ini , saya dah dapat merasakan betapa peritnya penderitaan yang ditanggung oleh Amal dan seluruh rakyat Palestin. Semoga Allah meemberikan kemenangan kepada umat islam dalam perjuangan membebaskan Masjid Al Aqsa dan bumi Palestin dari tangan Yahudi Laknatullah.

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

to ummi uwais

mabruk lh dpt practice arab, ha nnt dia ajak mmg lah dia akan ajak umi ke rumah dia, nnt practice lg arab!

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

to kak ina sefamily

insyaAllah nnt awah kenalkan dgn kak ina pulak.

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

to ust juhari

salam perkenalan, terima kasih kerana sudi ziarah blog ana.
aamin sama2 kita doakan kekuatan untuk mereka dan moga2 kita dihimpunkan di syurga kelak bersama syuhada aamin!