Saturday, April 25, 2009

aksi-aksi Hanin

bismillah

Assalamualikum,
ini sekadar kenangan dan nostalgia Hanin membesar ketika mama dan abi belajar dan abi kadang2 bekerja mencari rezki tambahan. alhamdulillah. entry ni sepatutnya seminggu yang lepas, cuma agak kesibukan dalam masa 2 minggu ni.

Hanin seperti biasa bila abi tak ada di rumah untuk beberapa hari, Hanin seperti merasai kerinduan kat abi seperti yang mama rasa. kerja abi tidak tetap, mana yang Allah nak bagi rezeki ikut situ, situ lah kerja abi. abi pernah memasak (tender masak), pernah pandu pelancong, dan macam2 lagi sebenarnya pengalaman abi bekerja.

Biasanya bila abi bawa pelancong yang datang ke Jordan, abi akan keluar pagi, balik malam2. biasanya abi keluar, Hanin tidur lagi, bila abi balik, Hanin dah tidur. Alah biasa lah tu, dulu mama dan abi masa kecik2 pun macam tu.

Satu hari dalam banyak2 hari abi bekerja ni, abi bagi tahu dia akan balik lebih awal dari biasa. walaupun 'lebih awal' dia tu agak lambatlah, kami pun tekad tak tidur lagi, tak sabar nak tunggu abi balik. Maka keluarlah macam2 idea mama untuk hiburkan Hanin sementara tunggu abi balik.

Sambil kami main bersama2 kami di'halwa'kan telinga dengan nasyid2 dari qaanat tuyur al jannah. First aktiviti (sebagai tarikan untuk alihkan perhatian Hanin supaya tak kacau mama dengan aktiviti mama), mama sediakan kertas besar untuk Hanin conteng2. tapi hakikatnya Hanin belum faham erti conteng2. Fungsi pen dan kertas pun belum dipelajari.



mama lukiskan mama dan abi versi 'lidi', bila disuruh kiss, Hanin kiss!

cuma lukisan ni dapat mengalih perhatian Hanin sekejap je. sekejap lepas tu Hanin sarung kasut mama yang baru jumpa kat bundle Jumaat lalu ketika mem'bundle' bersama2 ummi-ummi yang lain, umi Pah, umi Ayu, umi to be Ain insyAllah.
dan oren yang mama potong banyak2 jadi snack sementara menunggu abi. tergelak bahak2 mama bila terperasaan Hanin jilat bekas oren tu, buah boleh makan, airnya yang dijilat2.. huhu Hanin...



i love orangeeeee!!




Do i look like mama??





inilah oren yang tergadai dek cik Hanin

akhir sekali, bila kemunculan abi tidak kunjung tiba juga, Hanin pun memberi alert pada mama. cepat2 kami bersihkan diri dan siap2 untuk tidur -bagi Hanin, memandangkan jangka hayat bateri Hanin lebih kecil berbanding mama. sempat juga mama bancuhkan last shake yang Uda bekalkan untuk mama. Hanin minum tak ingat mama! huhu..sedap sangat, Uda bancuh yang 'kaw-kaw' punya, chocolate dan cappucino. sruup sruupp hanin minum.. dah kenyangm tidur,..alhamdulillahillazi at'amana, kemudian, alhumma bismika ahya wa amuut..

sruuppp...mata pun dah kuyu..syok gak layan shake ngantuk2 ni..

2 comments:

Uwais Amzar's Family said...

alahai anakku hanin... sian dia tunggu2 abi tak kunjung tiba ye.. mata dah kuyu2 tuh tak tahan tuh.. ;)

Ain said...

alhamdulillah, hanin suka, ude bahagia! haha