Sunday, April 26, 2009

Hanin dan Uwais pun turut sumbang tenaga!

Bismillah.
Salam Haninkuhai,

seperti yang mama kata dalam entry yg lepas, kita semua agak kesibukan dalam masa 2 minggu ni. Alhamdulillah masa2 kita disibukkan dengan aktiviti2 bermanfaat, moga dengan amalan2 kita ni dapat mengecapi rahmat dan barakah Allah ta'ala..aamin.

Event yang kedua adalah MA'RAD THAQAFI yang dilaksanakan di Jamiah Urduniyyah. Tempoh pameran adalah 2 hari sahaja, cumanya notice diberi lebih cepat sikit dari beberapa hari sebelum hari pameran berlangsung.
Abi menjadi AJK perhiasan tak silap mama,, yang pasti tugas abi adalah menyediakan back-drop, perhiasan2 dan set up pameran. Abi bersama amu Khairi dan Hani bertungkus lumus menyiapkan back drop yang kebanyakannya dibuat manual- made hand. hand made KLCC..hehe.. 2 malam mereka beroperasi, dan malam kedua operasi selesai hingga pukul 2.30 malam. ke'capet'an abi yang lepas pun bertambah bonusnya..hehe..berjuang abi! berjuang!



Tak lupa mama nak cerita, pada hari pertama amu2 dan abi buat kerja di rumah, Hanin turut ikut serta beraktiviti, mama pun tak berapa perasaan apa yang Hanin buat kebanyakannya, cuma yang pasti Hanin kacau abi dan amu2. Mama sibuk di dapur buat kuih puteri ayu untuk pameran. kerja2 abi selesai agak lewat juga, Hanin pun turut tidak merehatkan diri melihatkan abi pun tidak sempat merehatkan diri! Bagus anak abi mama ni, kecik dah faham 'berat sama dipikul...' hehe..

Bagi sisters di sweileh pula, kami buat persiapan kuih muih. turut terlibat, Nazirah (timbalan presiden PPMA), ibu2 mengandung yang berbesar hati turun padang: Aunty Syila dan Makcik Ara, ibu2 kepada anak-anak: Makcik Pah dan Makcik Ina dan paling semestinya ummi Hanin sayang, Ummu Uwais. Uda tidak dapat melibatkan diri atas keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, kesian Uda. Alhamdulillah pada ketika ini Uda dah sembuh.

Anak-anak! anak-anak juga turut serta, bismillah masya Allah. hebat anak2 ni. operasi kuih muih ni makan masa jugak. yelah berapa jenis kuih kami buat, 8 ada kot. waktu isya' baru selesai. Hanin, Uwais, kak Syahirah, abg Faheem, kak Yaya, baby Munsief pun! ada lagi ke tercicir? lupe dah saat menulis ni..
Sabar dan tabah anak2 ini menemankan emak2 mereka, tenaga sekecil ini pun tidak fikir2 untuk berdalih2 turun ke padang..itu kisah persiapan.

Bila tiba hari pameran, rasa seronok dan lega dan letih bercampur baur.. sempat juga enjoy rehatkan hati dan pemikiran tengok culture2 dari negara2 lain. Hanin dan Uwais di tempat pameran menjadi 'little star!'... Sana sini orang cuit dan ambil gambar. Sampaikan mama rimas dengan cik-cik arab yang mendesak2 nak ambil Hanin yang sememangnya pada waktu dah rimas nak dipegang2!...huhu Hanin apatah lagi. sehingga arab pegang baju Hanin pun ditepisnya, seolah2 Hanin cakap 'ib'adii 'anni!!'... get away from me!! hihi..



hanin dan uwais tambahan bahan pameran...


abi mempromosikan kuih muih..



uwais!! jalan pulak!


mama dan abi berlatar belakang beberapa kretiviti abi

dan akhir sekali, hadiah kenang-kenangan ma'rad thaqafi Hanin bawak balik... tersungkur atas jalan raya akibat peratus ke'fokus'an abi yang dah berkurang ketika memimpin Hanin akibat imbuhan penatnya dah berlipat ganda..kehkehkeh..


ole-ole ma'rad thaqafi..Allah yahmiki ya binti..

No comments: